" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 17, 2012

Calon Exco Ganti Hasan Ali : 3 Dr. Hebat-hebat Belaka

gb melapurkan:

Menjelang majlis angkat sumpah ahli exco kerajaan negeri baru esok, spekulasi bertiup kencang apabila tiga nama disebut calon ‘utama’ menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang digugur setelah dipecat dari PAS.

Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Dr Abdul Rani yang dihubungi FMT berkata beliau masih baru dan menyifatkan Dr Shafie merupakan calon layak untuk mengemudi jawatan tersebut.“Saya masih baru dan mahu fokus kerja sebagai Pesuruhjaya PAS.

Dr Shafie beliau adalah calon tepat untuk mengisi kekosongan jawatan exco itu. Namun andai saya dipilih…saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.Pada awalnya, Dr Abdul Rani sentiasa menjadi bualan sebagai calon pengganti malah nama beliau dicalonkan oleh PAS negeri untuk mengisi jawatan itu.

Bekas pensyarah

Namun difahamkan PAS Pusat mahu beliau terus menerajui PAS negeri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.Dr Shafie dilihat menjadi pencabar terdekat Dr Abdul Rani memandangkan kemampuan bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu untuk menyandang jawatan tersebut.

Menurut satu sumber kriteria sebagai ‘orang yang lebih berpengalaman’ meletakkan Dr Shafie sebagai calon ‘utama’ menggantikan Dr Hasan.“Kita lihat portfolio beliau (Dr Shafie) sebagai pembantu Dr Hasan sebelum ini malah beliau juga merupakan bekas pensyarah. Beliau sudah mempunyai pengalaman untuk menggalas jawatan exco,” kata sumber terbabit.Dr Shafie juga merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor.

Serah kepada PAS

Seorang lagi calon Ahmad Yunus yang kini pembantu Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan tidak ketinggalan menjadi bualan.Beliau tidak menafikan bahawa nama Dr Abdul Rani dipersetujui oleh PAS negeri sebagai calon, namun keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat.

Beliau enggan mengulas lanjut berhubung hal ini dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada PAS Pusat.Empat calon lain yang tersenarai termasuklah Adun Hulu Kelang Saari Sungib, Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz, Adun Cempaka Iskandar Samad dan Adun Selat Kelang Halimah Ali.Namun Iskandar dan Halimah masing-masing sudah memegang portfolio Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor serta Exco Pendidikan.

Umum esok

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan bahawa nama calon telah dihantar ke pejabat Menteri Besar semalam.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata pengumuman calon hanya dibuat pada Rabu bagi mengelakkan sebarang spekulasi.Majlis angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Ditanya sama ada akan berlaku perubahan portfolio anggota exco yang baru, Abdul Khalid berkata perkara itu hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai.“Perubahan portfolio akan diberitahu jika perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Shah Alam itu semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111