" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 24, 2012

KBS tidak mahu bola sepak kembali ke zaman kegelapan

WSH melapurkan
RAIHAM SANUSI

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memandang serius gejala rasuah dan judi bola sepak yang berlaku dalam kalangan pemain dan peminat bola sepak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sukan bola sepak akan mengalami zaman kegelapan dan kemunduran kerana perbuatan tidak bermoral itu.

“Sebab itulah kita berusaha mengelakkannya menular dalam masyarakat kerana kita tidak mahu kerana perbuatan tidak bermoral ini, bola sepak kita jatuh,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membanteras gejala tersebut.

“Ini soal integriti dan keikhlasan hati masing-masing (pemain dan peminat) bola sepak dan kita terus bekerjasama dengan SPRM untuk membanterasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kasim yang mendakwa sembilan anggota skuad negeri itu disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan selepas tewas 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama Liga Perdana, 9 Januari lalu.

Menurutnya, pendidikan integriti, akademik dan latihan berbentuk ketahanan mental dan fizikal perlu ditekankan kepada setiap pemain bagi mengelak gejala mengatur keputusan permainan dalam arena bola sepak negara terus berlaku.

Katanya, pendidikan dan latihan sedemikian bagi melahirkan atlet dan permainan bola sepak yang bersih sekali gus meningkatkan mutu bola sepak itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111