" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 31, 2012

Khazali enggan lepas jawatan

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan kajian terperinci dengan segera bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi pemain dan pasukan sehingga menyebabkan mereka masih gagal mencapai kemenangan selepas lima perlawanan.

Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berkata, KFA tidak boleh melengahkan proses itu memandangkan prestasi pasukan berkenaan kian hambar dan mengecewakan.

Katanya, langkah drastik perlu diambil dengan melakukan beberapa perubahan corak permainan pasukannya ketika bertemu Kuala Lumpur, Selasa ini dan turut bergantung kepada pemain muda untuk melakukan sesuatu.

“Pemain lama pun tidak memberangsangkan. Mereka sendiri yang perlu bertanggungjawab kerana langsung tidak bertenaga ketika bertemu dengan Johor FC,” katanya.

Khazali yang kecewa dengan prestasi hambar pemain Kedah turut memberi amaran keras untuk memberi surat amaran serta membuat pemotongan gaji secara berperingkat jika masih tidak beraksi dengan baik.

Mengenai desakan penyokong Kedah yang mahu beliau meletakkan jawatan pengurus pasukan, Khazali berkata beliau tidak boleh meninggalkan pasukan dalam keadaan pincang.

Sementara itu, lebih 1,000 penyokong Hijau Kuning berhimpun di luar stadium kira-kira 45 minit selepas perlawanan kelmarin mendesak pengurus pasukan itu meletak jawatan kerana kegagalan pasukan mencipta kemenangan dalam lima perlawanan.

Mereka juga menyerbu Khazali yang dikawal ketat oleh polis kerana tidak puas hati dengan tindakannya yang enggan mengundur diri daripada KFA, malah ada segelintir penyokong bertindak mengejar kereta Khazali sebagai tanda bantahan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111