" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 17, 2012

Liga Perdana - ATM Kukuh Cengkaman

Wartawan SH melapurkan:

January 17, 2012 KUALA LUMPUR - Pasukan bertaraf kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana apabila menewaskan Harimau Muda B 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Dengan kejayaan itu, pasukan bimbingan B. Sathianathan kini mengumpul sembilan mata sama seperti pencabar terdekat Pahang namun berkelebihan dari segi jumlah jaringan.

Gol pertama ATM hanya hadir pada babak kedua apabila Hairuddin Omar berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-71 sebelum Christie Jayaselan menyumbang gol kedua sembilan minit kemudian.

Pahang pula menewaskan Sime Darby 2-1 di Stadium Perbandaran Temerloh.Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhd Zamri Hassan pada minit ke-10 sebelum Mohd Saiful Nizam Miswan dan R. Gopinathan menjaringkan gol buat tuan rumah, masing-masing pada minit ke-31 dan ke-66.

Johor pula mencatat kemenangan besar setelah membelasah pasukan berstatus kelab, Majlis Bandaraya Johor Baharu 5-0 di Padang Mawar, Pasir Gudang.Mohd Fauzzi Mohd Kassim menjadi wira Johor apabila menyumbang tiga gol pada minit ke-42, 45 dan 76 manakala Muhd Fazly Mazlan dan Ahmad Syamim Yahya masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-57 dan 58.Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan MP Muar 3-0.

Gol pertama PDRM dihasilkan Mohd Amri Fazal Mat Nor pada minit ke-55 sebelum Mohd Fauzi Abdul Majid menjaringkan dua gol pada minit ke-69 dan 85.

Pasukan USM FC menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan Betaria di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang. Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-58 sebelum Muhammad Afzan Zainal Abidin menyumbangkan dua gol buat USM pada minit ke-70 dan 77.

Sementara itu, Pos Malaysia mencatat keputusan seri 3-3 dengan Perlis pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111