" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, January 8, 2012

NS Juara Piala Sumbangsih Edisi Ke 28

SinarHarian melapurkan :

SITI ZUBAIDAH MAT ISA

January 8, 2012 NEGERI Sembilan menjulang Piala Sumbangsih edisi ke-28 buat pertama kali dalam sejarah kejohanan selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi penuh dramatik dan mendebarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan itu juga barangkali lebih bermakna buat pengendalinya, Azraai Khor Abdullah yang berjaya dalam misinya memenangi piala berkenaan sekali gus melengkapkan koleksi kejuaraan pertandingan liga tempatan sejak bergelar jurulatih.

Walaupun pertandingan itu tidak menawarkan sebarang mata dan ganjaran, namun kedua-dua pasukan bersaing hebat sehingga tamat 90 minit perlawanan.

Bagi Kelantan, kekalahan tersebut sememangnya amat mengecewakan mereka kerana terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada m-19 apabila Norshahrul Idlan Talaha menolak masuk hasil umpanan Muhamad Ghaddar selepas berjaya mengelecek pemain pertahanan Negeri Sembilan.

Selepas itu, pasukan The Red Warriors pimpinan Peter James Butler dilihat mendominasi babak pertama dengan melancarkan beberapa asakan berbahaya.

Tetapi, menjelang 15 minit terakhir babak pertama, skuad Rusa bagaikan mendapat tonik baru apabila Effa akhirnya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 m-30 sebelum menuju bilik persalinan.

Bermula babak kedua, Negeri Sembilan bermain lebih tersusun jika dibandingkan pada 45 minit pertama sebelum ini.

Asakan berterusan pemain Azraai memastikan Effa sekali lagi mencatat nama selaku penjaring kedua dengan menanduk cantik pada m-63.

Selepas itu, tiada tambahan gol baik pasukan Kelantan mahupun Negeri Sembilan sehingga tamat permainan dan penyokong Kijang harus menelan hakikat bahawa hasrat Red Warriors pertahanan gelaran kejuaraan berkecai.

Sebanyak lima pemain menerima kad kuning iaitu Shahurain Abu Samah, Rashid Mamud dan Alif Shamsudin serta Norshahrul dan Badhri Radzi bagi pasukan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111