
SinarHarian melapurkan :
INTAN ATHIRAH REBUWANG
January 8, 2012 HANYA tinggal satu perlawanan untuk menentukan nasib jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sama ada dimalukan sekali lagi atau menjulang kemenangan pertama pada pembuka tirai arena badminton 2012.
Turun dengan reputasi sebagai pemain nombor satu dunia, pemain berusia 30 tahun itu menggalas harapan tinggi negara untuk mengelak kekalahan berterusan terhadap seteru utamanya, Lin Dan di Kejohanan Badminton Siri Super Korea, hari ini.
Meskipun tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain China, Du Pengyu dalam saingan separuh akhir semalam dengan kemenangan 21-8, 21-13, pertembungan sengit menanti Chong Wei di peringkat akhir.
Chong Wei perlu menang ke atas pemain pilihan kedua kejohanan itu bagi mengembalikan keyakinan dan meningkatkan motivasi ketika Sukan Olimpik London 2012, berbaki enam bulan lagi, sekali gus memperbaharui rekod kekalahan tahun lalu.

Berdasarkan rekod pertemuan anak kelahiran Pulau Pinang itu hanya mengungguli lapan kemenangan daripada 26 pertemuan dan kali terakhir beliau menundukkan Lin Dan pada kejohanan All England, tahun lalu.
Bagaimanapun, andai kemenangan berpihak kepada Lin Dan, ia tidak menjejaskan ranking pemain badminton utama negara itu kerana kelebihan kiraan mata yang berpihak kepada Chong Wei.
Lin Dan meneruskan kemaraan ke peringkat akhir kejohanan bernilai $1juta (RM3 juta) itu selepas menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Dian 18-21, 22-20, 10-21 untuk bertemu Chong Wei hari ini.
No comments:
Post a Comment