" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, February 3, 2012

Kejayaan Safee jadi contoh pada pemain lain

KUANTAN - Kejayaan penyerang sensasi negara, Safee Sali menandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, perlu dicontohi pemain bola sepak lain di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kejayaan Safee itu satu lembaran baru dalam sejarah bola sepak negara."Saya harap kejayaan Safie dicontohi pemain lain.

Kita harapkan setiap pemain mempunyai inspirasi, visi dan semangat untuk pergi jauh."Bukan sekadar mewakili negara tetapi pergi ke peringkat lebih tinggi dan ini akan memberi manfaat kepada negara," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kerja pembinaan tiga buah jambatan di Sungai Lembing, dekat sini hari ini yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta yang ditandatangani Safee, 28, dengan kelab itu sehingga 2014 menyenaraikan pemain itu sebagai jagoan bola sepak Malaysia bertaraf jutawan.Selain menerima gaji baru berjumlah RM91,200 sebulan, Safee turut diberikan pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah lain.

Tengku Abdullah mengucapkan tahniah kepada Safee dan berharap perjalanan kerjayanya dapat diteruskan ke peringkat tertinggi.

"Saya nasihatkan dia teruskan kerjaya sebagai pemain yang boleh maju ke peringkat lebih tinggi dan dia harus mencuba nasib bermain di Eropah.

"Saya tidak tahu tahap liga di Indonesia tetapi percaya Safee sudah memiliki semuanya yang sedikit sebanyak membina kemahirannya di sana," titah baginda. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111