" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 6, 2012

Isu Kedah: Bukti PAS mampu tadbir negara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa bersyukur kerana pimpinan PAS Pusat mengambil langkah berkesan dengan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Kedah dengan cepat.

 “PAS WP merasakan keputusan yang dibuat oleh kepemimpinan PAS Pusat adalah suatu keputusan yang terbaik dan menguntungkan semua pihak,” kata ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Bagi PAS WP, katanya apa yang berlaku di Kedah  adalah umpama perselisihan faham yang berlaku dalam sebuah keluarga.

Baginya, PAS Pusat ibarat ayah yang berjaya mendamaikan persengketaan antara adik beradik.

“Penyelesaian konflik ini menunjukkan PAS sememangnya matang dan mampu untuk mentadbir kerajaan apabila berjaya mencapai kata sepakat dengan kerukunan dan penuh adab,” ujarnya sebagai respons kepada tindakan dua Exco Kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang menerima kembali jawatan itu sebagaimana diputuskan PAS Pusat, semalam.

Beliau menambah, rakyat melihat pemimpin PAS mampu duduk semeja, bersikap berlapang dada dalam menangani sesuatu konflik yang berlaku.

Katanya, konflik yang berlaku adalah suatu perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana organisasi. Apa yang penting, tambahnya bagaimana penyelesaian dapat dibuat bagi mengatasi konflik yang berlaku dan PAS membuktikan mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik.

Sesungguhnya, tegas beliau pemimpin PAS membuktikan mereka tidak berebutkan jawatan, pangkat, harta atau kedudukan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

Pemimpin PAS juga, jelasnya tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan jemaah sepertimana yang berlaku kepada pemimpin parti-parti politik lainnya.

“PAS WP percaya, isu ini mampu mengeratkan pertautan ukhwah serta semangat juang di kalangan ahli dan jentera parti di Kedah bahkan di seluruh negara serta mampu mengukuhkan lagi kedudukan PAS Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya lagi.

Justeru, katanya PAS WP mengharapkan jentera PAS di semua peringkat menumpukan perhatian kepada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dan mengenepikan sebarang permasalahan yang berlaku di peringkat dalaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111