
Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila. Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar.Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan.Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi. Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya. Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli.Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumbangan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.Pastinya ada yang bertanya mengapa perlunya pembedahan di luar negara.Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran. Pihak hospital memaklumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan.Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedahkan Suhaila kepada risiko. Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut. Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menyelamatkan nyawa Suhaila.Tolonglah! Permudahkanlah usah saya ini.Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281
No comments:
Post a Comment