" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 21, 2012

Lion X11 dan Selangor kongsi mata

KUALA LUMPUR -- Pasukan Lions XII dari Singapura terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas diikat 1-1 oleh Selangor pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad V. Sundramoorthy yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga untuk merampas sementara tangga kedua daripada Terengganu dengan mengumpul 21 mata selepas 11 perlawanan.

Selangor turut naik satu anak tangga ke kedudukan kelima liga secara sementara selepas berkongsi 16 mata dengan Perak tetapi dibezakan oleh jumlah jaringan.

Pada perlawanan tersebut, Lions XII terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Sufian Anuar pada minit ke-62 selepas menerima hantaran silang daripada Safirul Sulaiman untuk menewaskan G. Jeevananthan di gawang Selangor.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad gergasi Merah kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma oleh penyerang import dari Croatia Bosko Balaban.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil Shokri Nor.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111