MALAYSIA Tigers tewas kepada pasukan pelapis Indonesia, Indonesia Rajawali 1-2 pada pusingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.
Muhammad Hafiz Hashim yang memulakan cabaran negara kecundang di tangan perseorangan pertama Indonesia Hayom Rumbaka 21-16, 18-21, 10-21.
Beregu negara Koo Kean Kiet/Tan Boon Heong pula berhadapan tentangan sengit Angga Pratama/ Rian Agung Saputro yang mengalahkan mereka 10-21, 21-18, 21-13.
Perseorangan kedua negara Liew Daren meraih mata tunggal negara dengan menumpaskan Shesar Hiren Rhustavito 21-19, 21-13.
Kemenangan Indonesia Rajawali menobatkan skuad itu sebagai johan kumpulan K manakala Malaysia Tigers sekadar muncul naib johan.
Sementara itu, pada perlawanan di Arena Tertutup Senayan, Jakarta, pasukan Indonesia Garuda turut mengungguli peringkat kumpulan J setelah menundukkan Malaysia Leopards 3-0.
Malaysia Tigers dijadualkan bertemu Indonesia Garuda sementara Malaysia Leopards bakal menentang Indonesia Rajawali pada peringkat separuh akhir yang bermula Jumaat ini di Kuala Lumpur dan Jakarta.
Bernama
No comments:
Post a Comment