Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Darul Ridzuan.
Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut.
Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari dan dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor.
Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van).
Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.
Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada anda jika memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan teman-teman.
Untuk maklumat terkini anda boleh terus facebook kami,www.facebook.com/RiadahPangkor atau website kami www.pangkorkini.net
Justeru itu, kami sedia menguruskan tempat penginapan diPantai Pasir Bogak iaitu Puteri Bayu Beach Resort danCoral Bay Resort.
Manakala Pantai Teluk Nipah iaitu Pangkor Bayview Beach Resort, Pangkor Indah Beach Resort,Palma Beach Resort,Purnama Beach Resort dan Pangkor Inn Chalet.
No comments:
Post a Comment