" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 14, 2012

FC Ryukyu intai Kecik

WARTAWAN SINAR HARIAN

MESKIPUN tidak berjaya menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik 2012 Julai nanti, namun bakat pemain sayap skuad Olimpik Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang lebih dikenali sebagai Kecik, berjaya mencuri tumpuan kelab Jepun, FC Ryukyu.

Mengesahkan perkara tersebut, jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, Wan Zaharul ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab Devisyen 3 berpangkalan di Okinawa itu, selepas agensi pencari bakat bola sepak, Japan Dream FA menonton aksinya sewaktu perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun di Tosu September tahun lalu.

“Wakil FC Ryukyu datang berjumpa saya semasa perlawanan pertama menentang Jepun dan menyatakan minat terhadap Kecik.

“Tidak terhenti disitu, ejen tersebut turut menemui saya semula dalam perlawanan kedua menentang Jepun dan mereka sudah pun menyiapkan kertas kerja untuk melihat Kecik beraksi di Okinawa,” katanya yang berlepas ke Jordan pagi semalam untuk meneruskan perlawanan terakhir saingan kelayakan Olimpik, Malaysia bertemu Syria.

Mengakui teruja dengan hasrat kelab tersebut yang menyatakan sendiri minat mereka tanpa perlu disyorkan, Kim Swee turut mencadangkan penyerang Harimau Muda, Wan Zack Haikal kepada kelab tersebut bagi menjalani ujian bersama Kecik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111