WARTAWAN SINAR HARIANGEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR).Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.“Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa.“Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini,” katanya.Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.“Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja.“Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
2 years ago
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment