" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 1, 2012

Muslimat Pangkor ziarah ayah Ketua Muslimat PAS Pangkor

catatan SU

Kami bertolak dari Pulau Pangkor dengan menaiki feri pada jam 11.30 pagi untuk menuju ke Kampung Cheh yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sebelum tiba ke tempat yang di tuju, kami solat di sebuah masjid di Kampung Terong. Maaf tak ingat nama masjid tersebut.

Setibanya rombangan kami telah disambut dengan begitu mesra oleh tuan rumah iaitu Pn Rafeah binti Said yang merupakan Ketua Muslimat PAS Cawangan Pangkor.

Tujuan ziarah ini adalah untuk melihat ayah beliau yang mengalami sakit 'stoke' sebelah badan iaitu bahagian kanan.

Dalam program ziarah tersebut, pihak kami mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan barangan dapur seperti sekampit beras, gula, tepung, susu, telur dan wang poket rm100.00. Sumbangan ini di taja oleh PANGKOR PRIHATIN.

Kami bertolak pulang pada jam 4.30 petang dan selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.30 malam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111