" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 8, 2012

UTHM tangguh kes 3 pelajar, Pemuda Pas pertikai prosiding

WARTAWAN SINAR HARIAN

SENAI – Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) belum menjatuhkan hukuman ke atas tiga penuntutnya yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3(a)(i) dan Kaedah 14, Kaedah-kaedah UTHM atau Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009.

Penolong Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM, Profesor Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim memberitahu, keputusan tersebut hanya akan dikeluarkan selepas selesai perbicaraan.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya sekadar menangguhkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.“Mereka belum disabitkan kesalahan dan tiada sebarang tindakan dikenakan.

“Cuma apa yang kami kesalkan tentang tindakan mereka dalam menyalurkan perasaan tidak puas hati. Mereka ini adalah siswa yang terpilih dan pastinya mampu berfikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Amir Hashim menjelaskan, pihaknya tidak memaksa pelajar mengikuti program dianjurkan seperti yang didakwa, selain masih menyiasat siapa yang memadamkan lampu.

“Sebenarnya kami menganjurkan forum pengantarabangsaan dengan memanggil Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno untuk berkongsi pengalaman beliau bersesuaian dengan tajuk. “Namun, perkara ini disalah erti segelintir pelajar yang mengatakan ia berunsur politik,” katanya.

Ketiga-tiga mahasiswa berkenaan didakwa membuat representasi video membantah dakwaan kempen politik melalui satu program universiti.

Mereka didakwa membuat rakaman video tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin berhubung kempen itu dalam program 'International Youth Day Unesco' pada 18 November lalu di kampus berkenaan.

Mahasiswa terbabit, Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin didakwa membuat penyiaran video bantahan itu pada 21 November lalu.

Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah Masjud adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam adalah pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mereka menerima surat supaya menghadiri prosiding tatatertib itu pada 21 Mac lalu.Video bantahan itu disiarkan selepas tidak puas hati dengan Ahmad, didakwa memberi ceramah politik.

Jurucakap mahasiswa universiti itu mendakwa pihak pengurusan universiti telah mengarahkan penghuni dari dua kolej kediaman iaitu Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail menghadiri ceramah itu dan mengarahkan supaya bekalan elekrik di situ diputuskan.

Sementara itu, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Pemuda Pas menyifatkan tindakan Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Pelajar UTHM melanggar prosedur pertuduhan.

Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, pihaknya memandang serius perbicaraan terhadap mereka yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan Kaedah 14 Kaedah-Kaedah UTHM (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009).

Menurutnya, Juham sudah menghantar representasi dan bantahan awal kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM mengenai prosedur dan hak asasi tidak dipatuhi pihak universiti.“Kami membantah kaedah yang diguna pakai jawatankuasa itu kerana kaedah ultra vires bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Kertas pertuduhan terhadap mereka juga tidak mempunyai tarikh dan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka hanya dipanggil untuk menghadapi perbicaraan tanpa diberikan ruang membela diri,” katanya.

Katanya, Juham akan membantu mahasiswa itu untuk memastikan keadilan kepada mereka walaupun prosiding tatatertib ditangguhkan.“Kami akan memberikan sokongan, nasihat dan bantuan perundangan secara percuma,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111