" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, May 11, 2012

Rahim Nor berdalih-dalih..

RAHIM Nor sudah tidak mengaku bahawa beliau ada menyebut bahawa Tuan Guru Nik Aziz itu "Father Of Kafir". Bapak pembohong ini sudah mula merasa panas sendiri akibat mulut celupar beliau sebelum ini. 

Maka, siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'? 

Apakah akhbar NST itu memutarbelitkan kenyataan bekas KPN yang ditamatkan perkhidmatan secara keji itu? 

Jika benar, Rahim Nor selaku bekas KPN tentu tahu tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap akhbar tersebut. Jika tidak, Rahim Nor mengaku sahaja, habis cerita kerana jika beliau tidak mengaku sekali pun rakyat sudah tentu betapa Rahim Nor ini memang kaki penipu.

Di dalam keadaan beliau menepis dakwaan terhadapnya, beliau menyerlahkan lagi ketololannya.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.

Jika bukan hujah agama yang dibawa oleh PAS, maka hujah apa lagi yang PAS boleh bawa? Hujah lembu Umporno? Hujah Yahudi atau Apco?  Atau, PAS mestilah berhujah mengikut ugama Kristian atau Budha?

Masakan Rahim Nor terlalu bodoh untuk mengenali PAS.  PAS adalah parti yang dasarnya Islam, maka sudah tentulah PAS akan berhujah dengan Agama Islam.

Seperti juga Umno, sebuah parti sekular bersemangat Kebangsaan maka sudah tentulah pemimpin Umno akan berhujah mengikut fahaman sekular dan perkauman (Assobiyyah) yang sesat itu.

Kita lihat sekarang Rahim Nor semakin menampakkan kebodohannya. Beliau sepatutnya duduk diam sahaja di rumah selepas terpelanting dari jawatan KPN kerana beliau bukan orang politik.  Apabila beliau cuba untuk menjadi jaguh pengampu orang politik Umno, jelas kepada kita begitu dangkalnya otak Rahim Nor untuk membicarakan soal politik.

 Amat malang sekali, beliau sanggup menjadi bodoh dan ditertawakan orang demi untuk menjadi pengampu di penghujung usianya.

Sudah-sudahlah Rahim Nor, kamu tidak akan mendapat tempat di dalam Umno jauh sekali untuk dicalonkan sebagai calon Umno di dalam PRU akan datang.  Cukup-cukuplah `lembu' yang ada di dalam kondo Umporno setakat ini, jangan pula kamu ingin menambahkan lagi bilangan lembu di sana. 

Adalah lebih baik Rahim Nor berehat sahaja di rumah kerana lagi banyak beliau bercakap, ianya akan memalukan seluruh anggota Polis di negara ini.  Sudah tentu warga Polis merasa malu dengan tingkah laku bekas bos mereka itu. 

Jika dahulu warga Polis merasa malu bila mendapat tahu bekas bosnya dahulu Hanif Omar adalah penyumbang amalan judi di negara ini, kini Rahim Nor pula memalukan mereka.

wfauzdin.blogspot.com  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111