" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, May 11, 2012

Siapa Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:

"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dari umatku"

 Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad

2. Kepala Negara (Imam) yang adil

3. Orang kaya yang rendah hati

4. Pedagang yang jujur

5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk

6. Orang beriman yang suka memberi nasihat

7. Orang beriman yang pengasih

8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu

9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram

10. Orang beriman sentiasa berwuduk

11. Orang beriman banyak bersedekah

12. Orang beriman yang berakhlak mulia

13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai

14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran

15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur

JOM JADI MUSUH LAKNATULLAH INI...!!!

Sahabat, sebar-sebarkan perkara yang baik-baik.. semoga bermanfaat dan mendatangkan pertolongan buat diri kita kemudian hari nanti.. Andai diri ku telah 'tiada' di dunia ini, bantulah diri ku di 'sana' dengan menyebarkan ilmu Allah yang ada di sini.. mana yang baik dari Allah, yang salah dari kelemahan diri ku sendiri..

By: Nani Zawjati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111