" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, June 11, 2012

Veteran ATM : Pengorbanan jangan di ungkit??



Aku memang tertarik dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejer Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang mengingatkan kepada semua veteran ATM supaya mereka tidak mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dahulu. Mungkin sebab aku anak bekas anggota tentera menyebabkan aku tersentuh untuk memberi ulasan mengenai perkara ini.

Ketua Pengarah JHEV mengingatkan para veteran ATM supaya menggunakan saluran yang betul dan jangan mengungkit pengorbanan mereka demi mempertahankan tanahair ini dari penjajah demi untuk meraih bantuan.

OK, aku nak tanya berbaloi ke pengorbanan yang dibuat oleh bekas veteran ATM yang berjuang bermati2an mempertahankan negara hinggakan mendapat kecederaan kekal. Malah terdapat sebutir peluru yang hingga kini masih terlekat ditangan kerana tidak boleh dikeluarkan tapi hanya mendapat pencen kurang upaya berjumlah RM 121.00 sebulan.


Dengan pencen kurang upaya yang bernilai RM121.oo tu, apa yang mampu dibeli untuk menyara kehidupan di masa sekarang?

Saluran mana yang betul2 memperjuangkan nasib veteran ATM ni hinggakan kes sebegini hingga kini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Apakah mereka menunggu untuk melihat veteran ATM tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir baru jasa2 anggota tersebut mahu di nilai?

Mungkin penulisan aku sedikit bias sebab ianya melibatkan bapak aku sendiri tapi hingga kini aku tertanya2, saluran mana yang Ketua Pengarah JHEV ni maksudkan? Nak kata tak ada rekod, dah siap keluar dalam majalah Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) dah pun malahan pada tahun 2001 keluar dalam suratkhabar jamban Utusan Malaysia sempena hari kemerdekaan negara lagi. Tapi jasa dan bakti hanya dinilai pada harga RM121.00 sebulan jer ke?

Dengan kenaikan kos sara hidup yang terlalu berbeza dengan dahulu, tetapi kos pencen tersebut tetap kekal sejak dari tahun awal 80an hingga kini.

Mungkin kerana tak pandai nak mengampu, nak tunjuk hero macam Ali Tinju yang buat senaman bontot di depan rumah Datuk S.Ambiga punya pasal jasa dan pengorbanan anggota veteran ATM macam bapak aku hingga kini tidak diberi perhatian sewajarnya.

Yang paling aku tersentuh dengan ulasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JHEV ni ialah kemungkinan masyarakat akan naik muak dengan perangai veteran ATM ni jika asyik nak mengadu tetapi sedarkah dia bahawa veteran ATM lagi naik muak dengan JHEV yang tak memperdulikan nasib veteran ATM.


Bayangkan aku pernah naik angin kat depan gate JHEV di Mindef kerana bapak aku tak dibenarkan masuk ke pejabat hanya kerana tidak memakai kasut ala2 tentera. Memang betul dia veteran tentera dan tahu tentang disiplin dalam tentera tetapi kini dia bukan lagi tentera yang sedang bertugas. Dia dah pencen dan sepatutnya tentera yang ada sekarang ni menghargai jasa2 orang2 seperti mereka ni. Sedangkan jasa dia lebih besar dari sepasang kasut. Beginikah layanan yang diberikan kepada veteran yang berjasa kepada negara hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga hanya demi untuk mempertahankan negara.

Perubahan dalam kepimpinan negara harus diubah segera agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kelihatan kini, siapa yang pandai mengampu dan berlakon dengan bijaksana, ditambah pulak dengan effect yang canggih, maka orang itu la yang akan dianggap sebagai wira negara sedangkan bila berhadapan dengan musuh, dia yang cabut lari lintang pukang dulu.

Disini aku nak tegaskan bahawa veteran ATM bukan nak mintak simpati atau menjaja cerita sedih tetapi aku disini cuma nak memberitahu agar hormati dan hargai jasa pejuang sebenar, bukan pengampu. Nilaikan perjuangan mereka dengan nilai yang sewajarnya, bukan dengan hanya beras sekampit setiap 5 tahun, kain pelikat sehelai setiap 5 tahun dan milo setin jugak setiap 5 tahun. Mereka bukan hanya hidup setiap 5 tahun sekali tetapi memerlukan keperluan harian sama seperti rakyat2 yang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111