" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, July 28, 2012

Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’

KUALA LUMPUR, — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.

“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan ‘Amal Maaruf Nahi Mungkar,” kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

“Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.

“Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa ‘kerajaan pusat’ untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.

“Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.

“Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.

“Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.

“Terdesak gunakan artis?

“Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada,” kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat ‘penjenamaan semula’ terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111