" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, July 28, 2012

BN Sabah semakin Lemau?

Oleh Abdul Rahman Hashim

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dikhabarkan akan terbang ke Sabah sabtu ini (28 Julai). Walaupun beliau akan terlibat dengan beberapa program berbuka puasa bersama rakyat di sana, namun yang pasti beliau juga akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN negeri Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang badai yang bakal melanda politik UMNO Sabah, terutama melibatkan dua Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyeberangi 'Pakatan Rakyat' dalam masa yang terdekat ini.

Keributan politik Sabah yang semakin kencang sekarang ini melibatkan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Ahli Parlimen Beaufort yang menjadi Timbalan Perumahan dan Kerajaan Tempat daripada UMNO dan yang terbaru melibatkan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden, United Pasokmomugun Kadazan Dusun Organization (UPKO).

Kedua-dua tokoh politik Sabah ini dikatakan akan membuat pengumuman penting tentang masa depan politik mereka pada hari Ahad ini di Sabah. Wilfred sendiri yang telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi BN Parlimen Tuaran baru-baru ini dikatakan akan membuat pengumuman penting penyertaannya di dalam PKR di dalam satu majlis di Dalit, Tuaran. Difahamkan Lajim Ukin juga akan membuat pengumuman muktamad untuk meninggalkan UMNO pada hari yang sama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijangka akan berada di Sabah Ahad ini untuk menyertai 'majlis sayonara BN' yang melibatkan Wilfred dan Lajim. Apakah kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah sehari lebih awal daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memujuk kedua-duanya supaya tidak mengkhinati Barisan Nasional.

Kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam misi memujuk ini bermakna Barisan Nasional Sabah bakal ditimpa musibah, kerana difahamkan kedua-dua tokoh berkenaan ini amat berpengaruh dan mereka mampu pula untuk memecahkan tembok besar yang boleh merobah lanskap politik Sabah, malah senario ini juga memberi impak yang besar buat BN yang mengharapkan Sabah terus dominan sebagai 'deposit tetap' kepada Barisan Nasional untuk penerusan talian hayatnyamenjelang PRU13.

Apakah akan ada lagi siri mensayonarakan Barisan Nasiponal selepas Wilfred dan Lajim melakukan kejutan ini? Apa yang pasti ialah Wilfred dan Lajim bukan berseorangan dalam merangka tindakan politik ini, malah sebelum ini Datuk Yahya Lampong juga telah pun meninggalkan UMNO. Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam juga telah mendahului Lajim dan Wilfred meninggalkan UMNO/BN. Potensi beberapa orang lagi Ahli Parlimen BN Sabah yang akan urut melompat semakin bertiup kencang. Kelibat seorang Ahli Parlimen UMNO yang sering menyambut Anwar di Lapangan Terbang Kota Kinabalu juga indikasi yang kuat bahawa akan ada lagi yang menyusul untuk menyertai PKR.

Sama-samalah kita menantikan apakah hasil yang boleh Muhyiddin lakukan dalam misinya Sabtu ini. Kegagalan Muhyiddin juga bermakna Anwar telah berjaya memuktamadkan Lajim Ukin & Wilfred Bumburing berada di dalam Pakatan Rakyat. Kejayaan BN memenangi 24 kerusi daripada 25 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam PRU12 yang lepas mungkin sukar lagi dicapai, malah kemelut ini semakin membuatkan Najib tidak lagi konsisten untuk mengilhamkan tarikh PRU13. Semakin dilewatkan PRU13, BN bagaikan biskut yang lemau akibat serangan angin menembusi peti besi

http://locengwangsa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111