" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 10, 2013

Gelombang Oren: Ameerah santuni pengundi Tionghua


Program Gelombang Oren di KL Sentral.

KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, Ameerah Malaysia telah melancarkan program Gelombang Oren ke seluruh negara.

Program semalam diisi dengan aktiviti edaran buah limau kepada rakan-rakan kaum Tionghua, edaran leaflet Ameerah dan bumper sticker dengan tema 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera'.

“Program ini diadakan serentak seluruh negara dengan mensasarkan kawasan awam seperti hentian bas, hentian keretapi, pasar pagi dan tempat letak kereta pusat membeli belah.

“Program ini adalah manifestasi kepada semangat muhibbah antara kaum yang perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda hari ini,” ujar Pengerusinya, Fareedah Samad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, arahan kepada seluruh jentera Ameerah dan muslimat muda di setiap negeri untuk memulakan edaran jam 3 petang bagi mengambil peluang bertemu dengan teman-teman dari kaum Tionghua yang pulang ke kampung halaman atau yang keluar membeli belah bagi persediaan sambutan tahun baru mereka.

Tambahnya, terdapat juga jentera negeri yang memulakan edaran sejak awal pagi lagi.

Katanya, sambutan yang sangat menggalakkan diterima dari rakan-rakan kaum Tionghua sepanjang edaran dijalankan.

Mereka, ujar beliau sangat gembira dan teruja menerima buah tangan dari Ameerah malah ada beberapa negeri yang terpaksa menamatkan program lebih awal.

Beliau memberitahu, tidak sampai 40 minit mereka telah kehabisan buah limau untuk diedarkan.

Sehubungan itu, ujarnya lagi Ameerah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera Ameerah di setiap negeri yang telah berjaya menjayakan program semalam.

“Memandangkan Gelombang Oren ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, Ameerah akan melancarkan Gelombang kedua, Gelombang Epal Hijau dalam masa yang terdekat,” katanya.

Ameerah Kelantan.

Ameerah Perak.

Ameerah Sabah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111