" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 29, 2010

Badut-Badut Dalam Sarkis Ini

Oleh: Shirzad Lifeboat

Paling lucu lagi menghiburkan dalam politik Malaysia tentulah perdebatan Dewan Rakyat. Ada Ahli YB melabelkan Ahli YB lain sebagai ‘monkey’ (monyet). Pernah juga seorang YB, juga Menteri, dengan penuh emosi menyalak ‘You Bodoh!”

Masih, seorang lagi YB, lepasan sebuah universiti UK, diperlekehkan oleh Ahli-Ahli YB dari parti pembangkang sehingga merah padam muka apabila percubaannya membuat lawak murahan dengan mengasosiasikan akronim parti pembangkang dengan sebuah institusi khinzir ciptaaannya sendiri bukan sahaja tidak mencuit hati sesiapa sekalipun oleh para YB dari parti kerajaan tetapi diperlekehkan dengan cara lebih intelektual dan lebih melucukan.

Sekiranya, seorang kolumnis akhbar harian Australia menganggap parlimen negara antara termaju di dunia itu sebagai sebuah sarkis yang ditadbirkan oleh badut-badut (Paul Sheeha, “The Clowns Are Running This Circus”, Sydney Morning Herald, 8 Feb 2010), apakah lagi yang dapat diperkatakan tentang perdebatan dalam Parlimen Malaysia.

Perlu juga disebut, sebagai sebuah negara bertamadun (disebalik asal-usul penduduk dari bekas banduan) dan di sebalik hakikat mereka bukannya penganut agama Islam, Ahli YB mereka tidak pula menggunakan kenyataan seperti: ‘anda monyet’, ‘you bodoh’ atau mengkaitkan sesebuah parti lain dengan khinzir.

Justeru sementara dalam sebuah Parlimen yang dianggotai oleh mereka yang lebih bertamadun kebadutan seseorang Ahli YB dikaitkan dengan ketumpulan atau ketidak-relevanan mereka berhujah, kebadutan Ahli YB Parlimen Malaysia terutamanya dari parti yang menguasai kerajaan dan juga Ahli YB Bebas yang menyebelahi kerajaan setelah ditalakkan atau menuntut talak dari parti asal mereka adalah bersifat slapstick comedy (mudah cakap, maknanya komedi murahan, macam filem Charlie Chaplin, jalan-jalan terjatuh dalam lubang lalu ditimpa kayu, lubang tertimbus pula etc).

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Datuk Mahfuz Omar, juga Naib Presiden PAS sudah tentulah memiliki pengalamannya tersendiri dalam mengikuti aksi dan gelagat lucu Ahli YB parti kerajaan ketika berdebat di Dewan Rakyat. Seperti kebanyakan YB lain dari parti pembangkang yang lebih serius, lebih menghormati kemuliaan dewan dan lebih faham mengapa mereka berada di dewan berkenaan, beliau amagt jarang tertawa tatkala mendengar hujah dan jawapan YB parti kerajaan tetapi hanya tersenyum melihat kebadutan di depan mata dan ketidak-upayaan mereka menjawab soalan secara relevan.

Namun hal seperti itu sudah tentu masih boleh diterima oleh beliau dan rakan-rakan YB pembangkang yang lain – bahawa sesetengah Ahli YB parti kerajaan hanya bersarkis dalam dewan. Biasalah. Begitupun, apa yang lebih mencemarkan Dewan ialah apabila ada sesetengah Ahli YB yang dianggap bertaraf pelacur politik menjadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran bagi menagih pelanggan.

Dalam perkataan Mahfuz, “"Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini… "Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.

"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dikwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat.”

Seseorang tidak perlu menyebut nama untuk mengetahui siapakah yang dimaksudkan oleh Mahfuz. Barangkali ada juga yang sengaja tidak mahu menyebut nama Ahli YB yang sudah tidak dihormati lagi ini kerana takut mengotorkan mulut dan lidah mereka dengan sesuatu yang kotor dan jijik.

Ada orang mengatakan politik itu kotor. Memang ada kebenarannya kerana di Malaysia ini terlalu ramai ahli politik yang mengotorkan politik dengan segala penipuan, rasuah dan segala macam penghinaan yang bukan sahaja tidak berlandaskan etika berpolitik, etika perlakuan ketika berdebat dalam Parlimen malah akhirnya tidak menunjukkan akhlaknya sebagai seorang yang mengaku diri sebagai Islam.

Mahfuz mungkin tidak menuntut di sebuah universiti terkemuka di UK atau tidak pernah memiliki keglamoran berupaya menyenggelara padang golf dengan nilai projek dalam sebutan puluhan juta ringgit. Tetapi, Mahfuz faham betapa dalam politik menjurus kebenaran, tidak ada kawan yang berkekalan. Yang ada hanyalah kepentingan ummah dan rakyat yang bersifat abadi.

Oleh itu, sekiranya kepentingan ummah dan rakyat ini didahulukan serta menjadi agenda utama dalam berpolitik, dan bukannya agenda peribadi (seperti untuk mendapatkan projek penyenggelaraan padang golf misalnya) yang diselindungkan atas nama perjuangan politik, dan bila tak dapat keluar parti dan menyebabkan pengundi merasa tertipu dan melancarkan serangan bersifat peribadi ke atas orang yang dulunya disokong, maka soal menjijikkan politik dan akhirnya bergelumang dengan kejijikan yang diwujudkan oleh diri sendiri tidak timbul sama sekali dan tidak akan ada sesiapa yang mahu menyamakan ahli politik seperti ini seperti seorang pelacur.

Menyerang seseorang secara peribadi dan melancarkan pembuhuhan watak yang keterlaluan dalam Dewan Rakyat tidak mencerminkan akhlak yang baik dalam politik yang sepatutnya menjurus ke arah mencari dan memperjuangkan kebenaran dalam erti kata sebenarnya.

Tidak mustahil inilah yang dimaksudkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila beliau bertitah agar ahli Parlimen menjaga adab sopan tatkala berdebat dalam Parlimen yang juga membawa maksud agar adab sopan diluar Parlimen juga tetap dijaga. Dan barangkali juga adab sopan ini termaksud adab sopan dalam memikul tanggungjawab terhadap rakyat tanpa memikirkan sangat tentang kepentingan parti, sehingga menafikan hak rakyat (seperti enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan) serta adab sopan tatkala melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota kerajaan dengan tidak terlalu berslogan dan beretorik.

Dalam politik juga tak ada kepercayaan berkekalan yang mendokong perilaku seseorang ahli politik. Misalnya, beberapa orang Ahli Parlimen Bebas dulunya begitu gah bercakap tentang kebenaran, tentang agama dan tentang soal memperjuangkan rakyat, akhirnya apabila meninggalkan parti yang memberikannya peluang menjadi wakil rakyat terus serta merta mengubah segala kepercayaan dan segala kehangatan tahi ayam tentang apa yang pernah didakwa diperjuangkan itu.

Pada ekstrim lagi satu, terdapat mereka yang pemikirannya politiknya diacu dan dibudayakan oleh UMNO-BN tetapi akhirnya menyedari betapa masa untuk mengkaitkan diri dengan politik jijik sudah berakhir. Justeru, sekiranya orang seperti ini dituduh mempersendakan perihal rancangan 16 September, maka itu hanyalah satu usaha untuk mengembalikan politik Malaysia kepada landasan yang sepatutnya setelah begitu lama dipaliti oleh tangan-tangan kotor yang mendominasi puncak kuasa.

Sekalipun diserang secara peribadi, mereka tetap dihormati dan tidak pernah dianggap sebagai badut-badut sarkis atau apatah lagi sebagai pelacur politik. Sebaliknya, senyap-senyap, rakyat menganggap mereka yang melakukan serangan peribadi ini sebagai ‘political monkeys’.

DetikDaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111