" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, July 9, 2010

Expedisi Solo Kutub Utara - Tipu ker?

Nilai RM3 juta untuk satu expedisi solo. Murah ker mahal? masuk akal ker? Dan benarkah gelaran Datuk kepada beliau ditarik balik? Baca laporan Berita Harian dibawah yang diterbitkan bulan lalu.


Apakah penarikan balik darjah kebesaran itu mempunyai kaitan dengan komenter dibawah? Mohon pencerahan dari beliau. Ada berani ? Jika benar seperti yang dilontarkan diruang komen ini, memang rakyat Malaysia ditipu..! Ingat kes RPK jer, BN menipu..!

Dato' Sharifah Mazlina :
Ada tiga perkara yang saya ingin sebut di ruang ini tentang expidisi Kutub Utara oleh Dato'.

1. Dato' telah mengguna kedudukan yang Dato' ada untuk menipu rakyat Malaysia tentang expidisi ini. Dengan kedudukan Dato' dan hubungan dengan orang-orang politik dan berpengaruh di Malaysia.


Dato' telah mengutip banyak wang untuk kepentingan peribadi. Tindakan Dato' telah merosakkan reputasi expedisi lain oleh orang yang benar-benar patriotik untuk melakukannya demi negara.

Akibatnya ramai orang telah memandang serong terhadap ekspedisi lain. Masyarakat telah menganggap ekspidisi lain mempunyai muslihat mencari duit sebanyak mungkin di samping kemasyhuran yang palsu.

2. Dato' sebenarnya juga seorang penipu yang telah dengan licik menipu rakyat Malaysia tentang ekspidisi ini. Dato' berpura-pura seperti Dato' telah berjaya sebaliknya tiada satupun scene yang Dato boleh tunjukkan untuk membuktikan bahawa Dato' telah berjaya menjejaki kutup utara.

Scene dalam video hanya menunjukkan perkara remeh temeh termasuk pakaian yang dipakai dan sedikit scene tentang kesusahan mengheret bag dan tidur dalam kemah... . Dato' sebenarnya telah menghabiskan wang rakyat untuk bercuti di Canada dan lain-lain tempat untuk ekspidisi ini. Bila sampai kononnya di kutub utara Dato' menjerit seperti DOREIMON ' eeh saya sudah sampai... "

Begitukah gelagat seorang yang telah berjuang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, malah itu semua hanya sandiwara Dato' untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang bodoh yang boleh percaya dengan perkara yang bodoh seperti itu.

3. Dato Mazlina adalah seorang tenaga akademik yang paling bahlul di Malaysia apabila dalam misi menawan kutub utara Dato' menyatakan bahawa Dato' akan menanam al-Quran di kutub utara. Mana Dato' belajar perkara pelek ini. Apa yang ada dalam kepala hotak dato sehingga boleh timbul perkara ini ? Bertaubatlah daripada perbuatan ini dan mohonlah ampun dari Allah.

Juga disarankan juga agar Dato' memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang Dato' bohong tentang ekspidisi menawan kutub utara ini bahawa ini hanya satu drama bersama team yang telah merancang untuk mengutip tajaan. Kami mencabar Dato' supaya menunjukkan sepenuhnya scene ekspedisi yang mencabar dan supaya sesi sesi ekspidisi yang dilalui dan bukannya tunjuk bag pakaian.

Kalau Dato' tak boleh buat perkara ini jangan mendakwa kejayaan ini satu pencapaian sebaliknya ingatlah rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh.

(*) sumber petikan dipetik dari :
a. sumber 1
b. sumber 2
c. sumber 3
d. sumber 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111