" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 20, 2010

CERAMAH UMUM, MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?






Laporan: HALIK ZAMAN

SATU ceramah Perdana berhubung Royalti Minyak bertajuk ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ akan di adakan pada 2 April 2010. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan juga Mantan Menteri Kewangan Malaysia yang diberi jolokan sebagai Pengasas Petronas.

Ceramah ini adalah merupakan anjuran bersama 10 NGO Sabah termasuk Persatuan Blogger Sabah dan United Sabah Dusun Association (USDA).

Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama.

Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.

Dalam pada itu, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa khas yang terdiri dari NGO abah telah diadakan semalam untuk memastikan ceramah berkenaan mendapat sambutan dan rakyat Sabah mendapat maklumat berkaitan petroleum yang mereka mahukan selama ini tanpa melibatkan sebarang elemen politik.

Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah.Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111