Oleh IZMAS
CAKAP-CAKAP politik dan berita yang tersebar luas di selatan tanah air kononnya Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah melakukan perubahan drastik tanpa kompromi dalam pemerintahannya bukanlah cerita kosong yang boleh diketepikan.
Baginda memberi amaran keras kepada semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tugas bersunguh-sungguh dan perform seperti yang seharusnya atau diarah berhenti jika gagal melaksanakan tugas (fail to deliver). Baginda bertegas akan mengambil tindakan drastik kepada pegawai kerajaan yang kurang berpretasi, tidak serius dan tidak bekerja keras menjalankan tugas bagi menghasilkan keputusan seperti yang diharapkan.
Katanya lagi, ketika kini zaman baru miliennnium, era baru di bawah sultan baru yang mengharapkan banyak perubahan dan pembaharuan dari pemerintahan kerajaan negeri. Demikian titah Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar ketika mencurahkankan pandangan dan impiannya dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak lama dulu.
Baginda sudah mengarahkan dilakukan perubahan dan pembangunan segera dalam agensi kerajaan negeri menyentuh urusan mengenai halehwal kewangan dan perjalanan harian pentadbiran kerajaan negeri. Baginda tidak mahu ada perkara yang disembunyai dari pengetahuannya sambil mengingatkan meraka supaya jangan melapurkan perkara yang sedap didengar tetapi tidak benar.
“Beta akan bertanya lanjut jika mengesyakki ada perkara yang tidak kena berlaku. Beta tidak akan memaafkan mereka jika terbukti berlaku penyelewangan. Beta akan mengarahkan beberapa agensi kerajaan tertentu negeri supaya diaudit secara telus demi kepentingan rakyat”, ujar Sultan Ibrahim.
Baginda akan melakukan lawatan sulung ke pejabat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam waktu terdekat dalam usaha mengenali lebih dekat perjalanan pentadbiran agama negeri khususnya mengenai zakat. Beliau berhasrat bertanya bagaimana pengagihan zakat dilakukan, bagaimana urusan pengumpulannnya dan siapa yang masih belum mendapat pengagihan wang zakat.
Berita baginda akan melawat MAIJ dihebuhkan sudah mengemparkan ramai pegawai di pejabat agama itu khususnya di bahagian zakat. Ketua dan pegawai terlibat dikatakan sedang bekerja keras siang malam mengemaskini fail dan angka supaya tidak menimbulkan persoalan apabila baginda berhasrat bertanya lebih terperinci. Mereka bekerja keras memastikan tidak akan berlaku kesalahan fakta atau angka yang tidak tepat dipersembahkan kapada sultan yang boleh menyebabkan baginda murka. Mereka juga harus memastikan tiada pihak yang layak menerima zakat dipinggirkan atau diketepikan atas sebab-sebab kelabu dan tidak jelas. Jika ini berlaku, ketua dan pegawai berkenaan harus bersusah hati kerana bila-bila masa mereka boleh dipanggil sultan atau MB untuk memberi penjelasan lanjut. Andaikata penjelasan tidak tepat dan menimbulkan kesangsian, nasib mereka boleh bertukar buruk jika sultan murka dan mengarahkan MB berrtindak.
Dalam lawatannya ke MAIJ juga, baginda akan bertanya mengenai soal silibus dan korikulum sekolah agama dan perkembangannya dalam situasi pembelajaran terkini. Korikulum sekolah agama Johor dikatakan amat advanced dan diakui di seluruh negeri dalam negara sebagai antara yang terbaik kerana kesempurnaan subjek diajar dan buku rujukan yang digunakan.
Lawatan itu nanti bakal mengecutkan perut banyak pegawai agama negeri yang belum bersedia atau tidak boleh menjawab sempurna soalan yang bakal ditanya baginda. Mereka yang gagap dan gagal menjawab sempurna boleh menerima akibat buruk dalam konteks perjawatan yang sedang disandang dan masa depannya dalam kerajaan.
Salah satu sektor yang menjadi perhatian dan kebimbangan besar baginda dalam wawancara itu ialah mengenai pelancongan yang menurut baginda kurang diambil berat dan tidak diberi idea berkesan sedangkan sektor itu amat berpotensi menjana ekonomi negeri. Baginda menyifatkan tiada usaha kolektif yang kreatif dan berinovatif dilaksanakan oleh pegawai agensi terlibat dalam mempromosi aspek berbagai kesenian Johor seni kraftangan negeri.
Baginda memberi amaran akan mengambil tindakan tegas beberapa pegawai eksuktif senior kerajaan negeri di banyak sektor dan agensi - termasok pelancongan - yang dilantik di zaman pemerintahan Almarhum ayahnda baginda yang tidak perform seperti diharapkan jika ianya perlu dilakukan demi kemajuan Johor.
Ketegasan dan sikap serius Sultan Ibrahim sebagai sultan baru memberi amaran jelas dan keras kepada kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman supaya bertindak sewajarnya atau menerima lebih banyak tekanan jika gagal melaksankan aspirasi sultan Johor itu.
MB Ghani harus sedar, angin perubahan sudah bertiup kencang di langit dan bumi Johor yang meminta beliau bertindak drastik lagi berkesan bagi membuat perubahan sesuai dengan kehendak sultan baru. Beliau sendiri harus berubah dengan mengambil tindakan berani dengan stail pentadbiran yang lebih telus dan segera bagi melaksanakan semua projek yang dirancang mencapai sasaran tanpa banyak kerenah birokrasi (red-tape) dan kelengahan waktu jangkamasa projek disiapkan seperti yang tidak sepatutnya.
Beliau tidak boleh menyimpan pegawai dari kalangan rakan-rakan setianya dalam parti untuk terus berkhidmat dalam agensi atau Jabatan kerajaan negeri ketika ini jika mereka itu sudah mempunyai rekod yang tercalar serta lambat membuat keputusan. Pegawai jenis ini tidak sesuai dengan kehendak dan stail kerja Sultan Ibrahim.
Adalah lebih bijak jika mulai sekarang, Ghani segera memperkemas perntadbirannya di semua jabatan dan agensi termasuk pegawai dibawahnya supaya berubah dan melakukan pembaharuan sesuai dengan hajat sultan. Jika beliau gagal bertindak segera dikhuatiri sultan pula terpaksa membuat keputusan bagi pihak Ghani dengan memecat pegawai terlibat - tindakan yang pasti memalukan Ghani dan pegawai itu sendiri
Promosi Anda Bayar RM100 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bagi anda lebih Setengah Juta Cover
No comments:
Post a Comment