" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 20, 2010

Hukum rimba kuasai manusia

Oleh LanH

JANGAN guna sekolah, masjid dan surau untuk tujuan politik – demikian rakyat sering diberitahu. Sekalipun arahan ini bersifat umum, ada pengecualiannya.Tidak lama dulu di Kelantan, seorang pemimpin utama merasmikan sebuah perhimpunan Wanita Umno di sebuah sekolah. Demikian juga di tempat lain, bangunan dan tempat awam dijadikan tempat perjumpaan dan perhimpunan parti.

Malah baru-baru ini gempar sebuah dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadikan tempat konvensyen Umno. Dan menjadi perkara biasa untuk Umno cawangan mengadakan mesyuarat hatta mesyuarat agung di surau.

Kecenderungan sesetengah pihak berkuasa untuk melanggar peraturan/undang-undang yang kadang-kadang digubal sendiri pihak terbabit bukan sesuatu yang luar biasa.

Pada peringkat antarabangsa tidak lama dulu, kita kerap mendengar betapa pemimpin Amerika beriya-iya mendakwa Iraq mencabul Konvensyen Geneva selepas gambar tahanan perang Amerika dan Britain ditunjukkan di televisyen.

Kini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Iran dan masyarakat dunia lain yang membabitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi apabila Amerika sebagai kuasa besar melakukan pencabulan, tidak banyak pihak berani bersuara.

Demikianlah, dunia ini sebenarnya dikuasai oleh hukum rimba. Yang berkuasa menindas si lemah dan yang lemah menindas yang lebih lemah. Hanya mahkamah Illahi yang dapat menjatuhkan hukuman seadil-adilnya kepada manusia.


II. Biar aman walau jiwa terseksa

Ketika perang berlaku di sebelah lain rantau dunia, pemimpin kita gemar berkata, “alangkah beruntungnya kerana kita aman.”

Memang benar kita wajib bersyukur dengan suasana aman itu tetapi kadang-kadang penggunaan kata-kata itu diucapkan dalam konteks yang salah.

Kita jadikan kisah yang dipaparkan dalam sesetengah filem lama sebagai contoh. Sesebuah kampung itu digambarkan aman selepas penduduk kampung bersetuju untuk membayar wang perlindungan atau ufti kepada sesebuah kumpulan samseng.

Sekumpulan pekedai juga digambarkan akan hidup aman damai jika bersetuju membayar wang perlindungan kepada ketua samseng.

Suasana aman juga dirasai jika sesebuah negeri itu bersedia untuk membayar ufti kepada kerajaan yang lebih berkuasa. Ugutan huru-hara akan berlaku menjadi mainan pihak yang lebih berkuasa bagi jaminan keamanan itu.

Dalam suasana hari ini, kita lihat kuasa besar dunia (Amerika Syarikat) menjanjikan keamanan jika negara lain mengikut cakapnya. “You are with us to fight terrorism or…” Anda ikuti kami atau kami perangi kamu, menjadi slogan mereka yang berkuasa.

Berdasarkan senario ini, keamanan hanyalah mainan dan janji pihak yang berkuasa dan bukan keamanan sebenar. Keamanan sebenar adalah mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Yang Maha Kuasa kerana Dia-lah yang menjadikan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111