" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, May 25, 2010

Tak Perlu Dengar Suara Rakyat!

Oleh Nobisha

Dalam demokrasi, suara rakyat ialah suara keramat. Bukan saya kata, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kata. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Abdullah Ahmad Badawi kata, kerajaan perlu dengar suara rakyat dalam isu judi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, kerajaan sedia mendengar suara rakyat.

Saya tak setuju. Tak perlu dengar suara rakyat dalam isu pemberian lesen judi.

Dalam apa keadaan sekali pun, suara rakyat tidak boleh disamakan apatah lagi mengatasi keputusan Allah s.w.t. Ini soal prinsip. Apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t., maka ia haram. Tak perlulah nak dengar suara rakyat untuk menentukan halal atau haram dalam perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Saya faham niat murni Abdullah dan Muhyiddin; dan saya tidak terkejut sekiranya kerajaan mengambil keputusan membatalkan pemberian lesen judi bolasepak Piala Dunia. Saya akan sokong kalau itulah keputusannya.

Namun saya berharap, ia dibuat bukan kerana itu suara rakyat, tetapi kerana ia adalah perintah Allah s.w.t. dan kita ingin menjadi hamba-Nya yang baik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111