Dewasa ini, ada golongan tertentu (Pas Reform? ) yang berusaha untuk menutup cahaya bulan gemilang itu dengan tangan-tangan dan tulisan mereka. Golongan ini sebenarnya adalah warisan Abdullah bin Ubai jika tidak keturunan Abdullah bin Saba’. Membina Masjid Dhirar dalam Pas kerana cemburu dengan kepimpinan Ulamak yang dipimpin oleh Dato’ Seri TGHAHA.
Pelbagai usaha dilakukan oleh puak ini (Pas Reform?) termasuklah kononnya mengembalikan nostalgia kegemilangan kepimpinan Dato’ Fadhil Noor (DFN) yang sepertinya hilang tidak berganti. Kita kader-kader tarbiyah Pas tidak langsung mempertikaikan hakikat itu. DFN adalah RIJAL di zamannya. Namun, di setiap era itu ada RIJAL nya. Hari ini adalah era TGHAHA. Jika DFN diingati nama dan sumbangannya kepada keperkasaan Pas di era Reformasi (1998-2002), kita wajar menginsafi bahawa Pas semakin hebat pada hari ini adalah di bawah kepimpinan TGHAHA. Jika Barisan Alternatif yang merupakan buah tangan DFN, nama Pakatan Rakyat adalah ilham dari TGHAHA. Golongan ini (Pas Reform?) memperlekehkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, tetapi memuji Dato’ Fadhil Noor tanpa menyedari bahawa Dato’ Fadhil Noor-lah yang telah memilih dan mengangkat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Setiausaha Agung Pas ketika itu.
Mereka yang menggelarkan dirinya golongan Pas Reform (?) itu sebenarnya adalah pendatang dalam wilayah Pas yang langsung tidak menghormati adat dan budaya yang telah sedia ada dalam Pas. Mereka tidak mengenali TGHAHA dengan sebenarnya. Tinta sejarah perkembangan dakwah Islam di Malaysia mencatatkan jasa dan sumbangan besar pidato TGHAHA kepada perubahan dan kesedaran masyarakat untuk kembali kepada Islam yang syumul. Gabungan tokoh-tokoh Ulamak dan tarbiyah di era 80-an itulah yang mencetuskan kebangkitan Islam selepasnya. TGHAHA dianggap satu fenomena ketika itu.
Hari ini, anak didik ataupun anak-anak didik kepada anak didik beliau bertebaran di dalam Pas. Mereka ada di seluruh pelusuk Negara hampir di semua peringkat. Mereka inilah yang menguasai jentera Pas di peringkat akar umbi. Janganlah golongan Pas Reform (?) yang sekadar berlegar di dunia maya merasakan mereka mendapat sokongan ramai untuk kononnya melakukan perubahan dalam Pas dengan MELANGGAR (menjatuhkan) Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sedarlah bahawa di sana ada ribuan pemuda Pas yang bersedia mempertahankan TGHAHA walau dengan jiwa-jiwa mereka.
Jangan biadap dengan Dato’ Seri TG Haji Abdul Hadi Awang! Dia mungkin boleh bersabar sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar. Tapi, kami anak buahnya, belum tentu mempu bersabar!
No comments:
Post a Comment