" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, May 11, 2010

Zambry Pinggir Orang Asli

KUALA LUMPUR : Zambry Abdul Kadir mengabaikan dan tidak serius terhadap pembangunan dan kebajikan orang asli yang seharusnya diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Zambry telah meminggirkan kelompok orang asli apabila membiarkan Pegawai Khas Menteri Besar, Azhar Ahmad sahaja yang merasmikan program 'Dekat di mata. Lekat di Hati' yang diadakan di Kampung Tangkai Cermin dan Kampung Cenderong kelubi, Tanjung Tualang.

"Zambry lebih memberi keutamaan kepada programnya bersama media pada hari yang sama iaitu program Ekspedisi Royal Belum.

"Malang sekali nasib orang asli diletakkan kelas kedua oleh kempipinan Datuk Seri Zambry walaupun telah banyak slogan dan janji telah diberikan tetapi jelas dapat dilihat sekarang ini.

"Mungkin setelah dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti, barulah Datuk Seri Zambry akan turun bertemu dengan Orang Asli nanti," kata Salman kepada erapakatan.com.

Bagi beliau, program yang di lihat penting tersebut, nyata tidak diberikan perhatian serius oleh Datuk Seri Zambry.

Beliau yang mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPN Pk) berharap, masyarakat Orang Asli akan sedar akan keperihatinan dan pembelaaan sebenar mereka di dalam memastikan kebajikan mereka tidak terpinggir sama sekali di dalam pembangunan sebagai rakyat di Negeri Perak ini. EraPakatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111