" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, June 7, 2010

Lima pelompat parti jadi kasi politik ?

Oleh Afrar Yunus

Dahulu se[Kartun+Harakah+Kelab+katak.jpg]lepas pilihanraya kedua belas, lima ahli parlimen ini marasakan diri mereka tidak bebas.Sekarang mereka sudah ada satu pasukan yang dinamakan 'konsensus bebas'. Tentu sudah sebebas-bebasnya.

Mereka bercadang untuk bertindak secara efektif dan berkecuali.Ada dari mereka memberitahu mahu menjadi kuasa ketiga di parlimen.

Mereka hendak memberikan fokus kepada keutamaan rakyat.Bermakna, mereka bercadang untuk memperbaiki semula keutamaan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada mereka di dalam pilihanraya yang lalu sebagai wakil - lalu kelima-lima mereka telah mencabuli dan merobekkan keutamaan pertama itu.

Bukankah begitu ? Jika ia, tentu 'kuasa ketiga' mereka di parlimen akan kelihatan menjadi lebih hebat dan berganda-ganda.

Di mata siapa ianya akan kelihatan sebegitu ? Tentulah bukan dikalangan rakyat yang celik demokrasi. Entah kenapa nama Ibrahim Ali tiada dalam senarai 'kuasa ketiga' itu.

Berapa lama mereka berlima boleh bertahan.

Sebulan aku kasi, dua bulan engkau kasi, dua belas bulan lu kasi, enammmm belas bulan kita kasi, pilihanraya mendatang jadi kasi politik.

Tuan laksana lembu jantan, galak saja melawan tidak !

1 comment:

  1. Mereka ber 5 muka tak malu, mereka tak ada Rakyat, mereka hanya ada KATAK, bukan Pengundi suruh di orang lompat, adakah waktu mereka melompat tanya Pengundi mereka? Mereka ber 5 hanya nampak RM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111