" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, June 8, 2010

TGNA rasmi sidang 3 dewan serentak

Muktamar Agung PAS ke-56 akan menyaksikan majlis perasmian serentak persidangan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata perubahan itu dibuat mengambilkira kepentingan ketiga-tiga sayap tersebut untuk mendapat maklumat dan arahan yang sama secara serentak.

"Ini adalah satu perubahan baru, kerana daripada dahulu hingga tahun lepas, dewan-dewan adakan majlis perasmian masing-masing, tetapi mulai tahun ini kita ubah, jadikan perasmian secara serentak.

"Sesuai dengan peranan mereka (dewan) sebagai sayap parti, mereka wajib untuk mendapat amanat, maklumat dan arahan dari tokoh yang sama serentak," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pas berkata mesyuarat ketiga-tiga dewan itu seterusnya akan berlangsung pada Khamis iaitu di Kelantan Trade Centre bagi Dewan Pemuda, Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan bagi Dewan Musulimat dan Markas PAS di Macang bagi Dewan Ulama.

Bagi perasmian tahunan PAS Pusat pula akan diadakan pada Jumaat di Putik, katanya.

"Antara program lain yang diadakan ialah persembahan nasyid dan dikir barat, ceramah oleh Datuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud dan bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar.

"Persembahan kebudayaan Islam dan serantau yang akan disertai antaranya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said akan turut diadakan, di samping, ceramah perdana bertemakan Palestin oleh Nik Aziz, Datuk Seri Presiden Haji Abdul Hadi Awang, wakil dari Hamas, wakil Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dan wakil dari Maldives," kata Takiyuddin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111