" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, July 22, 2010

Dilemma Umno Dan Masalah Melayu

Oleh IZMAS

TIDAK mudah untuk Umno memenangi hati dan undi orang Melayu selagi ramai pemimpin Umno – samada di cawangan dan bahagian – masih mementingkan agenda diri dan kepentingan kelompok sendiri. Kebanyakan mereka cuba menghalang ahli baru yang lebih berkebolehan dan nampak cerdik dari kemampuan mereka menyertai Umno di kawasan mereka kerana takut kedudukan mereka tergugat dan ditewaskan oleh calon baru yang lebih berpendidikan dan berbakat.

Demikan keluhan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada penulis dalam wawancara terbaharu dengan beliau menyentuh mengenai masa depan dan peluang Umno dalam pilihan raya ke 13 serta masalah perpecahan Melayu. Beliau menambah, Umno kini dipenuhi pemimpin di bahagian dan cawangan yang kurang berkebolehan dan hanya menjaga kepentingan sendiri lebih dari kepentingan perjuangan parti kerana mahu mempertahan jawatan mereka dari diambilalih (dirampas) oleh pemimpin muda yang lebih layak dan berkebolehan.

Menurut Mahathir lagi, sikap ini menyebabkan ramai pemimpin lama Umno akan sentiasa menekan dan menyekat mana-mana pemimpin muda dan berpendidikan lebih tinggi darinya menyertai Umno - dari bahagian hingga cawangan - demi mempertahan kedudukannya dari dicabar atau tercabar. Akibatnya, orang-orang dibawahnya juga akan mengamalkan sikap dan pendirian serupa yang akhirnya mengwujudkan kumpulan ketua dan pengikut yang tidak berani membantah atau memberi teguran sekaligus menjadi “pakt turut” sepanjang masa. Katanya, ini tidak sihat dan merugikan parti kerana sikap negatif itu menghalang mereka yang berbakat dan berkebolehan mencuba bakat menyumbang kepada parti secara ikhlas kerana sentiasa dihalang dan disekat dengan tindakan dan cara berfikir pemimpin yang sempit.

Akibat sikap negatif itu juga menyebabkan ramai orang muda dan mereka yang berpendidikan tinggi berpendapat tidak ada peluang bagi mereka mencuba nasib dan bakat lebih jauh dalam parti dan politik jika menyertai Umno kerana dihantui pemikiran kolot dan jumud pemimpin veteran yang kuat menjaga kepentingan sendiri dan kelompok kroninya mengatasi kepentingan perjuangan parti. Jika kelompok pemimpin ini menjadi calon dan menang, mereka akan terikat menjaga kepentingan ahli dan pengikut setia mereka itu dan mengabaikan kebajikan ahli lain yang tidak menyokong. Senario ini berterusan akhirnya mengwujudkan puak-puak dalam parti yang kesudahannya menimbulkan perpecahan sama sendiri.

Beliau berpendapt, sepatutnya mereka yang berkebolehan dan berbakat dibenarkan bertanding dan memegang jawatan penting dalam parti walaupun baru menyertai parti Umno jika itu boleh memberi kebaikan kepada parti daripada terus menyimpan kalangan pemimpin lama yang kolot dan berfaham kuno yang tidak membenarkan dirinya langsung dicabar sedangkan hakikatnya mereka memang patut diganti dan kurang berkemampuan.

Episod itu sudah berlaku seperti dalam mesyuarat terbaru Umno Setiu, Terangganu yang menyaksikan 4 ketua bahagian Umno enggan hadir mesyuarat kerana mereka tidak mendapat apa yang dihajati atau kehendak mereka tidak ditunaikan. Mereka sanggup mengenepikan peraturan pembukaan majlis dengan tidak hadir dan menghormati kehadiran timbalan presiden juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam majlis itu sekaligus membuktikan wujudnya sikap angkuh ahli Umno yang mendahulukan kehendak sendiri lebih dari kepentingan parti.

Dalam wawancara sekitar 45 minit bersama bekas perdana menteri keempat yang terkenal lantang mengkritik dan mengecam kebanyakan sikap pemimpin Umno yang hipokrit dan terlalu menjaga kepentingan diri itu, beliau mendedahkan akibat sikap pasif dan negatif itu juga menyebabkan ramai proffesional Melayu seperti peguam, pensyarah, doktor, jurutera, akauntan dan lain-lain lebih gemar menyertai PAS dan PKR kerana peluang mereka untuk meningkat dalam hieraki kepimpinan parti tidak memerlukan masa yang lama juga tidak menghadapi banyak halangan semulajadi manusia seperti dalam Umno. Kata beliau, segelintir mereka itu menyertai parti-parti Melayu dalam Pakatan Rakyat bukanlah sangat kerana faham dan ingin berkhidmat kepada parti-parti itu, tetapi lebih protes dalaman kepada sikap ketua dan pemimpin Umno seperti itu selain kepincangan ketara dalam organisasi Umno itu sendiri.

Mahathir kelihatan sekeptikal tentang masa depan Umno dan undi orang Melayu yang sudah berpecah tiga setelah wujudnya tiga parti terbesar sejak PRU 12 lalu; PAS, PKR dan Umno. Undi majoriti orang Melayu yang berjumlah sekitar lebih 60 peratus kini sudah menjadi minoriti lebih kurang 20 peratus setiap satu parti akibat perpecahan undi dan sokongan kepada parti pilihan masing-masing. Katanya, ini amat merugikan peratusan undi orang Melayu secara keseluruhan yang akhirya memberi kelebihan undi orang bukan Melayu yang sudah menjadi majoriti.

Menurutnya lagi, situasi ini serius dan seharusnya membimbangkan semua pimimpin Melayu tidak kira parti dan kalangan bijak pandai Melayu. Perpecahan orang Melayu bakal menguntungkan orang bukan Melayu sekaligus mempengaruhi sentimen dan keputusan undi dalam pilihanraya umum akan datang. Jika orang pemimpin Melayu sengaja tidak mahu faham atau cuba menafikannya seperti dakwaan segelintir cendikiawan Melayu yang berfikiran liberal, masadepan kehidupan dan politik orang Melayu mungkin boleh terhakis dan terhapus. Orang Melayu akan menagih kuasa dan simpati undi orang bukan Melayu untuk mengekalkan kuasa yang sudah hilang akibat perpecahan undi di kalangan mereka.

Mahathir yang disindir cuba membesar-besarkan isu perpecahan Melayu di luar jangkaan sebenar oleh kalangan bijak pandai Melayu termasuk professor universiti dan professional Melayu, menganggap dakwaan mereka itu merbahaya dan boleh memakan diri mereka sendiri seperti mana jika kerajaan Melayu ketika di zaman sebelum merdeka menerima MalayanUnion(MU) sebagai parti yang layak memerintah Malaya. Katanya, kalangan ini ini adalah orang yang tidak pernah hidup di zaman penjajahan seperti dirinya ketika itu yang tidak sedar bahawa pemerintah British mahu menjual negara Malaya ketika itu kepada semua kaum dengan dasar MU yang menganggap semua kaum sama dan orang Melayu bukan lagi dianggap bumiputra asal yang mempunyai hak istimewa.

Jika dasar dan parti MU diterima sudah pasti orang Melayu tidak boleh maju seperti sekarang termasuk proffesor universiti itu yang mungkin tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akibat dasar yang tidak memihak mereka. Namun, dengan keinsafapan, kesedaran dan kebijaksanaan pemimpin Melayu ketika itu yang menolak idea MU, orang Melayu terselamat dan kuasa serta kepentingan orang Melayu kekal sehingga hari ini dan gugurnya idea jahat penjajah dan konco-konconya mahu mengekalkan kuasa.

IZMAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111