" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 20, 2010

Harap-harap Tidak Benar

Sumber
Ada komen yang masuk ke blog saya dalam posting sebelum ini menyebut secara langsung orang PAS yang berjumpa Harussani untuk bincangkan perpaduan PAS - Umno.

Komen itu masih kekal di situ. Saya tidak membuangnya.

Saya juga tidak mempercayainya seratus peratus kerana mengikut angin yang bertiup, pemimpin PAS yang menemui Harussani itu adalah pemimpin pemuda.

Ada lagi kemungkinan yang lain, Harussani auta kerana niat dan tujuan yang dia sendiri tahu.

Semua kemungkinan itu perlu diambil kira sebelum sebarang pendirian diambil berhubung perkara ini. Seorang sahabat menasihati saya, "Apa pun tak perlu latah dengan mufti tu."

Semua orang termasuk saya, diyakini sangat marah dengan pemimpin (?) PAS yang jumpa dengan Harussani itu.

Kalau orang itu dijumpai mahu sahaja dilepaskan geram dengan cara yang tersendiri. Namun negara kita punya undang-undang. Tindakan di luar undang-undang mengundang masalah berpanjangan.

Namun saya fikir, perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ini satu komplot. Kalau apa yang dinyatakan oleh Harussani itu benar, sesuatu perlu dilakukan.

Ini suatu pengkhianatan kepada jamaah. Kalau sebelum ini mereka yang mengkritik jamaah dalam beberapa isu dipandang serong, orang ini tidak harus dipandang serong lagi tetapi tindakan tegas perlu dikenakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111