Oleh Anak Sengat
Gila Talak! Itu ungkapan sesuai untuk Umno Kelantan. Waktu jadi laki tak peduli bini. Bila dah jadi bini orang macam-macam dijanji. Nasib baik tak janji...kalau aku jadi laki kamu semula aku akan hadiahkan kamu sepuluh lelaki selain aku.
Isu air di kelantan tak ubah seperti isu beras sewaktu PAS memerintah Kelantan dulu. orang Kelantan dikatakan tak de beras untuk makan... terpaksa mengemis dari siam...rupenye memang orang Kelantan makan geras siam sebab beras Malaysia murah murah belaka.
Sekarang isu air la plak... setahu aku orang Kelantan memang suka pakai air perigi yang di gali. Airnya lebih selamat kerana tak perlu dirawat dengan penapis untuk hilangkan karat. Air nya memang air mineral semulajadi. Mungkin sedikit bau atau warna di sesetengah tempat. Ia perkara biasa kerana tiada yang sempurna.
Jika air paip yang dibekalkan nampak bersih tetapi ia telah dirawat hingga hilang keasliannya. Beberapa pendedahan menunjukkan paip air yang berkarat... sumber air dari sungai yang dicemari dan pelbagai masalah lagi mungkin lebih menakutkan dari isu air yang digali dengan menyedutnya dari tanah.
Saya sempat merasai keselesaan beberapa hari menumpang di rumah sahabat di kelantan sewaktu melawat Kelantan beberapa hari beberapa bulan lalu. Airnya lebih segardan tentunya lebih jimat dengan kadar air yang diniagakan khususnya oleh kapitalis yang dikuasai syarikat juak juak umNO seperti Syabas . Di Selangor , SYABAS seperti sedang bertempur dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu harga air tidak dinaikkan. Atas nama untuk keselesaan, Syabas mahu harga dinaikkan.
Mungkin inilah yang diidamkan oleh Awang Adek yang sangat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Mungkin beliau telah nampak peluang perniagaan air di Kelantan... silap silap boleh diperjudikan lagi sepertimana cadangan judi bola sepak dulu.... awang ..oh awang... tak merasa la jadi abang.. mungkin terus jadi adik la... kalau dah jadi adek..hormatlah abang!
No comments:
Post a Comment