" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 13, 2010

Kerajaan BN Persis Yahudi Dalam isu Kematian Adik Aminulrasyid

Oooo tak nak minta maaf ya. Memang langsung dasar yahudi, bunuh rakyat Palestin tapi tak nak minta maaf. Ini semua Apco yang ajar. Ingatlah doa orang yang dizalimi lebih afdal daripada shafei afdal. Minta ibu dan keluarga Aminulrasyid doakan kejatuhan kerajaan BN a.k.a yahudi yang zalim ini.

Apapun jika kerajaan persis yahudi ini tak nak minta maaf, apakata ahli keluarga Allahyarham adik aminulrasyid failkan saman berjuta-juta kat kerajaan zalim ini. Biar mereka tahu langit itu rendah atau tinggi

Isu mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid tak lagi relevan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan isu permohonan maaf kepada keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11, Shah Alam, 26 April lalu tidak lagi relevan kerana kes itu sudah dibawa ke mahkamah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kertas siasatan berhubung kes kematian remaja itu diserahkan polis kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk perbicaraan di mahkamah.

Katanya, isu sama ada suspek melakukan kesalahan atau tidak terletak dalam bidang kuasa mahkamah.

"Jadi, tidak wajar kerajaan mengambil sebarang tindakan sebelum kes itu diputuskan oleh mahkamah," katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, semalam.

Lim mahukan penjelasan mengapa kerajaan tidak meminta maaf secara rasmi terhadap tindakan polis menembak Aminulrasyid di Shah Alam pada 26 April lalu dan mengapa siasatan dilakukan Panel Khas diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan bukannya siasatan terbuka.

Pada 22 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 12 hari bermula 12 Oktober depan bagi perbicaraan kes seorang polis berpangkat koperal yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid akhir April lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan kes itu akan didengar dalam dua sidang pada 12 hingga 28 Oktober sebelum disambung pada 9 hingga 11 November depan.

Hishammuddin berkata, Panel Khas Pemantauan Siasatan Berhubung Kes Kematian Aminulrasyid Amzah yang ditubuhkan oleh KDN mempunyai dua objektif utama iaitu untuk memantau secara langsung proses penyiasatan yang dijalankan polis bagi memastikan siasatan yang dijalankan adalah adil, telus, pantas, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terbabit.

Selain itu, ia juga bagi meneliti prosedur penggunaan senjata api oleh polis dan prosedur lain yang berkaitan dengan operasi, penugasan polis dan seterusnya membuat syor bagi menambahbaik prosedur berkenaan.

"Dakwaan Ahli Yang Berhormat (Lim) bahawa Panel Khas ini menjalankan siasatan secara dalaman adalah tidak benar.

"Panel ini hanya memantau proses siasatan yang dijalankan polis dan setakat ini berpuas hati bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus serta sudah diselesaikan dalam tempoh singkat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111