Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !
Dalam membicarakan tentang perlaksanaan hukum Hudud yang telah dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bagi mengatasi gejala sosial yang parah melanda kini terutamanya kes buang bayi akibat dari kegagalan undang-undang sivil, Pemuda PAS telah mengambil langkah yang sederhana.
Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan sedia bertemu dengan pemimpin DAP Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyakinkan mereka bagaimana hukum hudud boleh digunakan untuk “memulihkan satu peradaban yang kian runtuh.”
Ini kerana sebelum itu Pengerusi DAP Karpal Singh telah berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
Menurut Karpal Hudud tidak boleh diperkenalkan di negara ini kerana Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,”
Sewajarnya itulah langkah sebaiknya yang perlu diambil oleh Dewan Pemuda PAS iaitu bertemu dan menerangkan apa itu Hudud dan bagaimana Hudud dilaksanakan didalam Islam.
Para pemimpin DAP itu perlu diberikan penerangan sebaik mungkin agar mereka benar-benar boleh memahami Hukum Hudud, kerana mereka bukanlah orang yang berugama Islam yang tahu apa itu Hukum Hudud.
Mungkin selama ini para pemimpin DAP itu hanya tahu hukuman bagi mencuri jika mengikut hukum Hudud ialah tangan dipotong, tetapi mereka tidak pernah mendengar atau tahu apakah syarat-syarat yang dikenakan untuk seseorang pencuri itu di potong tangannya.
Pemimpin DAP itu juga mungkin telah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh UMNO iaitu jika PAS memerintah dan Hudud dilaksanakan maka akan ramailah rakyat Negara kita yang akan kehilangan tangannya kerana dipotong kerana mencuri.
Propaganda ini masih segar sebenarnya dalam ingatan masyarakat terutamanya dari golongan warga emas yang berbangsa melayu dan berugama Islam sendiri.Tak perlulah kita merasa hairan kenapa mereka masih menolak Hudud sedangkan pemimpin yang berugama Islam didalam UMNO sendiripun menolak Hukum Hudud ini.
Didalam PKR sendiri Presiden Parti Dato Seri Wan Azizah pernah dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh suatu masa dulu menjelaskan apa itu Hudud dan bagaimana ianya dilaksanakan, tetapi sayang masih ada umat Islam didalam PKR yang gagal memahaminya.
Jelas ucapan Dato Seri Wan Azizah itu sendiri gagal difahami oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad yang baru dilantik kejawatan ini ..
Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya samada sedar atau tidak ataupun hanya mencari publisiti murahan telah berkata “hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.”
Menurutnya lagi sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama, Nik Nazmi berkata, " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,"
Kenyataan jenis apa itu Nik Nazmi?
Dengan berkata demikian Nik Nazmi telah meletakkan Perlembagaan Persekutuan yang digubal dan ditinggalkan oleh penjajah British kepada kita lebih tinggi dari hukum Allah sendiri.
Nik Nazmi seorang yang berugama Islam telah mempertikaikan hukum Allah..
Siapakah beliau untuk menentukan samada hukum Allah itu sesuai atau tidak untuk dilaksanakan?
Sebagai seorang yang berugama Islam, yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah adakah kita ini layak mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pencipta kita sendiri?
Mencari publisiti biarlah berpada.. janganlah dipertikaikan hukum Allah itu.. sedarlah kita inipun dijadikan oleh Allah dengan begitu sempurna, setiap yang ditetapkan Allah itu pasti ada kebaikkannya..
Siapa kita untuk mempertikaikan hukum Allah??? Sedangkan hidup dan mati kita inipun adalah ketentuan Allah….

Berita berkaitan sila baca di SINI
Takbir...majulah islam...Ya Allah bantulah kami menegakkan agamaMu diatas bumi Malaysia ini..TYa Allah kaulah tempat kami bergantung harap
ReplyDeleteHebat... baca respon terbaru nik nazmi isu hudud...
ReplyDeletehttp://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2230