" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, August 28, 2010

Mulut Kompang atau Mulut Longkang ?

"..Mungkin PKR sudah merasakan grassroot mereka terlampau hebat sekarang kerana mereka tak memerlukan lagi PAS dalam pakatan rakyat. Pemimpin yang hebat dan general yang hebat tanpa askar yang berani bertempur di garisan depan belum tentu menjamin kejayaan.
Mungkin PKR mempunyai blogger yang hebat dan perkasa di alam maya dan mampu memberikan serangan yang menyeluruh kepada Umno. PKR tak perlukan lagi penyokong, blogger dan ahli PAS yang hanya pandai menampal poster, menaikkan sepanduk, datang memenuhi perkarangan PBT untuk hanya memberikan sokongan kepada PKR.
Strategi PKR lebih ampuh dan lebih hebat. Pemikir-pemikir agung dalam PKR mampu menterjemahkan apa saja serangan buat Umno tanpa perlu ada pekerja-pekerja PAS.."



Pemimpin PKR tak boleh ke kalau diam sedikit, jangan bawak sangat mulut kompang. Zaid Berahim calon PKR Hulu Selangor menambah perisa mengenai hudud, sebagaimana perangainya didalam Umno dulu. Kenyataan Zaid Berahim ni menyebabkan aku rasa penat lelah berkempen untuk dia di Hulu Selangor dulu tak berbaloi langsung. Sudah dapat maki dan cercaan dari pihak Umno.

Mempertahankan Zaid Berahim siang malam dengan gambar yang sengaja diadakan oleh pihak Umno. Memerah keringat dan idea bagaimana untuk menangkis serangan yang bertali arus dari Umno dengan perangai Zaid Berahim yang tak tahu langsung berterima kasih kepada yang datang berkempen terutama ahli dan penyokong pas. Penyokong dan ahli PAS datang bukan datang meminta sesen pun duit Zaid Berahim tapi atas dasar untuk mengalahkan Umno tapi kalau inilah kenyataan yang keluar dari mulut dia, aku benar-benar kecewa.

Kalau Zaid Berahim dan Nik Nazmi tak bermulut kompang aku rasakan lebih baik. Tak berterima kasih pun kerana sanggup hadir berkempen dan merayu undi bagi pihak PKR akan terasa dihargai jikalau dia tak memberikan ucapan yang tiada bezanya sewaktu dalam Umno dan sekarang dalam PKR. Sekali terasa betul juga kata orang Umno yang dia dengan Umno tak banyak bezanya.

Kenapalah orang PAS mudah sangat memaafkan perbuatan dia kepada kerajaan PAS Kelantan. Demi menyahut kata kata tok guru yang mengatakan bahawa manusia boleh berubah dan wala' kepada pemimpin pengikut penyokong dan ahli menurut kata-kata tok guru Nik Aziz. Berjuang bermati-matian tak kenal siang dan malam untuk memberikan kemenangan kepada beliau. Tetapi akhirnya inilah balasannya kepada PAS.

Jika tak bersetuju pun dengan hukum hudud adalah lebih baik diam kerana apa yang diucapkan oleh Zaid Berahim akan dijadikan senjata yang lebih berbahaya untuk mereka melakukan kempen dan juga perang saraf kepada pembangkang. Zaid Berahim memberikan peluru secara pukal kepada umno untuk menembak kembali PAS dan pakatan rakyat.

Jika tak mahu sangat kepada hukum hudud pun, berpijaklah dibumi nyata, walaupun berbeza pandangan janganlah lontarkan pandangan yang memberikan senjata kepada Umno. Dengan kenyataan dia ini akan memutarkan 100% pandangan ahli dan pendukung PAS kepada beliau. Zaid Berahim yang dilihat akan berubah rupanya tidak. Dan PAS tak akan bertanggungjawab lagi jika sekiranya kenyataan jahat dari pemimpin PKR terus menerus melakukan kerja-kerja bangang menjelang PRU-13 kelak.

Mungkin PKR sudah merasakan grassroot mereka terlampau hebat sekarang kerana mereka tak memerlukan lagi PAS dalam pakatan rakyat. Pemimpin yang hebat dan general yang hebat tanpa askar yang berani bertempur di garisan depan belum tentu menjamin kejayaan. Mungkin PKR mempunyai blogger yang hebat dan perkasa di alam maya dan mampu memberikan serangan yang menyeluruh kepada Umno. PKR tak perlukan lagi penyokong, blogger dan ahli PAS yang hanya pandai menampal poster, menaikkan sepanduk, datang memenuhi perkarangan PBT untuk hanya memberikan sokongan kepada PKR. Strategi PKR lebih ampuh dan lebih hebat. Pemikir-pemikir agung dalam PKR mampu menterjemahkan apa saja serangan buat Umno tanpa perlu ada pekerja-pekerja PAS.

PAS boleh menarik saja askar kerahan tenaga mereka kerana PKR sudah hebat di medan pertempuran. Jika mereka memberi peluru kepada Umno, PAS pun boleh beri senjata berat untuk Umno menembak PKR. Jangan lupa wahai pemimpin PKR yang bermulut kompang. (sumber FTZ)

Artikel berkaitan di SINI.
Sumber : al-banjari online

1 comment:

  1. Pemimpin PKR yang berperangai sedemikian hanya membawa BALA. Mereka telah menyerahkan senjata kepada musuh supaya senjata itu memakan tuannya.

    Jangan lah menjadi pemikir hebat tetapi pada masa yang sama mulut menjadi jamban taik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111