" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, August 28, 2010

Pakai seluar 'katok' dalam masjid darul Umno ?

Memang dah tahap sengal wal baghal. Sebut bangang..marah ! Strategi menyerang PAS oleh juak Umno jelas nampak terang bodohnya. Antara 'tazkirah' dan 'ucapan biasa' pun tak boleh nak beza. Tajuk itu pun dah jelas punya niat jahat. Fitnah yang NYATA ! (maklumat foto rujuk dibahagian akhir artikel)

Oleh kerana Utusan Meloya letak foto itu di muka utama, tak kan nak diam kot? Seronok sakan blogger pencacai Umno. Dan foto ini pasti akan jadi bahan kempen PRU kelak. Tunggu ajer lah...! walaupun dikalangan pembaca Media baru faham itu sebenarnya foto fitnah untuk pembangkang.

Tazkirah? Aku gelak guling bila baca tajuk. Wartawan mana yang bodoh bau jamban ni? Jika baca fitnah blogger Umno lain kisahnya, tajuk utusan pulak bagi lagi gempak. Gempak yang bodoh!

HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID
Soalan :
Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?

Jawapan :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :
“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)
Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

(Disesuaikan semula dari buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam)


Kesian UMNO, bila blogger dan media mereka sendiri lontarkan isu yang buat UMNO terus dihina oleh rakyat.


(*) Silapnya dalam izin membenarkan beliau masuk ke ruang solat di surau itu hanyalah kerana beliau tidak menutup aurat dengan baik(merujuk kepada kepalanya yg tidak dilitupi apa-apa). Jika diberi apa-apa kain untuk menutup kepala, lebih bagus. Harap dimasa akan datang, alert lah dalam soal ini. Pencacai yang bangang tu mana faham pun, yg depa tahu terjah macam babi betina lapar laki !

FOTO UNTUK BLOGGER UMNO. Foto ini diambil di masjid besar negeri di sebuah negeri Darul takluk UMNO. Hangpa nak kata apa pulak? Harap Utusan boleh ambil foto ini esok letak muka depan, tulis tajuk Mat London sedang wirid pakai seluar 'katok' dalam masjid..! Ada berani ?

Nak tunggu komen blogger UMNO nak kata apa tentang foto dalam ruang masjid di ibu negeri Darul UMNO ni pulak..!! Bodoh macam keldai..!!

Sumber : albanjari online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111