KUALA LUMPUR: Beberapa hari menjelang 1 Syawal lalu, Bilik Berita Harakah terus menyantuni golongan yang tidak bernasib baik agar mereka turut dapat menikmati kegembiraan menjelang Aidilfitri.
Diketuai Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman dan Pengurus Iklan, Mokhtar Rozaidi bersama beberapa kakitangan editorial, lokasi tertumpu ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, yang kebetulan berdekatan dengan pejabat Harakah, di Jalan Pahang, dekat sini, pada 7 September lalu.Delegasi Harakah disambut mesra oleh Pengarah IPR, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, yang ditemani beberapa pegawai kanan hospital. Dr Aziah turut bersama Ahmad Lutfi melawat katil pesakit.

Harakah turut menyumbangkan koleksi buku-buku agama, karangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan karya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya akan pastikan buku-buku ini ditempatkan dalam perpustakaan kami," kata Dr Aziah selepas menerima buku-buku berkenaan daripada Ahmad Lutfi.
Seramai 45 pesakit tanpa mengira agama dan bangsa menerima sumbangan kuih dan kad raya, di samping buku khas sempena 20 tahun Harakah. Bagi pesakit kanak-kanak dan remaja, duit raya turut diberikan.

Turut menyerahkan sumbangan adalah penyelaras program, Saidah Hairan yang juga wartawan kanan Harakah dan isteri Ahmad Lutfi, Siti Hawa Sam Sam.
Sempena Ramadan lalu, Bilik Berita Harakah berjaya mengumpulkan sumbangan ikhlas pembaca Harakah bagi diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk masyarakat Orang Asli, anak-anak yatim, keluarga syuhada Memali, ibu tunggal, fakir miskin, pelajar dan madrasah tahfiz. Sebahagian besar program dianjurkan bersama Dewan Muslimat PAS Pusat.
Ahmad Lutfi yang masih bertongkat selepas menjalani pembedahan pintasan jantung empat bulan lalu kelihatan begitu terharu dengan sambutan baik Dr Aziah, pegawai kanan IPR, doktor dan para jururawat.
"Tak sangka kami disambut dengan begitu mesra sekali oleh Datin Dr Aziah sendiri. Malah saya dan isteri dihantar hingga ke pintu kereta oleh beliau. Jika diberi kesempatan, insya-Allah kami akan terus mengadakan hubungan baik dengan jiran kami itu," kata Ahmad Lutfi.
"Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, biarpun Ramadan sudah berlalu, namun sumbangan kewangan pembaca masih dialu-alukan, kata Saidah. Bantuan itu boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 564025400533.

No comments:
Post a Comment