Sejak  sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan  mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap  mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana  bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu  dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Sebelum ini kerajaan  negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi  dengan Kedah seolah-olah ‘terlepas’ daripada kempen Umno-BN itu.
Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.
Selain  itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak  kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah  diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.
Menurut Timbalan  Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang  secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang  terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.
“Serangan itu  angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia  menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan  Rakyat di sini (Kedah).
“BN bimbang hubungan mesra yang terjalin  antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka  kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin  Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada  penyelewengan dan tiada rasuah.
“BN tak mampu untuk atasi apa  yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur  fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk  dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti,” katanya kepada  The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli  Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak  akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.
“Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.
“BN  usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang  kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang  digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.
Sementara  itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang  dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran  negeri itu.
“Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan  sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami  buat semua tak kena bagi BN.
“BN gunakan strategi dan taktik  kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan  hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak  OK dan ada masalah,” katanya.
Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.
“Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.
“Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat,” katanya.
Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.
“BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.
“Kalau  kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik  kotor seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Kota Darul Aman.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
                      -
                    
 Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari 
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik 
yang and...
2 years ago


No comments:
Post a Comment