" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 22, 2011

YB,Persuruhjaya dan ulama PAS perlu turun padang berkempen

Oleh MOHAMED ALI BAKRI

SAYA amat tertarik dengan komentar daripada Ahmad Lufti Othman tentang kekalahan PAS dalam dua pilihan raya Merlimau dan Kerdau di mana kita melihat undi Melayu tidak banyak yang meningkat dalam pilihan raya tersebut.

Saya tidak menafikan jentera BN dengan kerjasama egensi-egensi kerajaan, media letronik TV3, TV1, TV2 dan lainlain lagi yang seumpama dengannya turut sama berkempen siang malam untuk memenangkan Umno.

Kita melihat juga betapa bersungguh-sungguhnya Ketua Menteri dan Menteri Besar Melaka dan Pahang dan menteri-menteri lain berkampung berkempen secara agresif tetapi di mana pemimpinpemimpin PAS yang bergelar YB.

Saya bukan mengatakan semuanya tetapi sebahagiannya tidak mahu dan sanggup berkampung bersama-sama berkempen, berjumpa, menyapa rakyat, bukan setakat datang untuk berceramah sahaja dan melawat khemah-khemah jentera lepas itu balik ke rumah.

Kenapa YB-YB, Pesuruhjaya daripada kalangan PAS tidak sanggup berkampung selama seminggu ikut sama berkempen berjumpa rakyat bersama dengan jentera-jentera parti untuk mengatur program.

Daripada kalangan ulama pun tidak ramai yang turun sama berkempen. Jika kita perhatikan dalam banyak-banyak pilihan raya kecil asyik-asyik muka pemimpin yang sama saja yang berkempen dan berkampung.

Saya harap komen saya dapat perhatian daripada kalangan pemimpin demi mencapai kemenangan. Kita jangan asyik menyalahkan BN yang menggunakan jentera kerajaan itu.

• MOHAMED ALI BAKRI
AJK PAS Meru

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111