KOTA BHARU, 9 Ogos:  Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak dan Isteri Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi  memenuhi permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar  Ibrahim.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar),  ketika dihubungi memberitahu Najib dan Rosmah amat wajar ke mahkamah  sebagai saksi demi untuk menegakkan keadilan terhadap kes liwat Anwar  yang sedang dibicarakan sekarang.
Beliau berkata demikian ketika  mengulas tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan dua  permohonan  Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah  bagi kes perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya.
Latif  bagaimanapun berkata sekiranya kata dua diberikan kepada Najib dan  Rosmah kemungkinan mereka tidak akan menghadiri mahkamah dengan mudah.
“Jadi  Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak agar keduanya hadir ke mahkamah demi  untuk menegakkan keadilan serta menyelesaikan isu yang berlarutan.
“Tahniah  kepada mahkamah di atas keputusan itu, namun kita berharap kehadiran  Najib dan Rosmah dapat menyelesaikan masaalah yang entah bila akan  berakhir,”ujarnya.
Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk  Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata Najib, Rosmah, Musa Hasan (bekas  IGP) dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya  ditemubual jika mereka disapina.
Pada 1 Ogos lalu, Anwar   memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon  mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi  alibi.
Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi,  termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi  Malaysia, Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa  Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
                      -
                    
 Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari 
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik 
yang and...
1 year ago

 
 

 
 
No comments:
Post a Comment