" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, September 4, 2011

EMBONG - DARI AWAS KE REJIMEN KE-10




Embong Zamiah dan anak-anak serta cucu-cucunya turut berhari raya di rumah saya pagi ini. Beliau cukup sihat dan susuk badannya langsung tidak merupakan seorang yang sudah lama melepasi umur 80 tahun.

Siapakah Embong Zamiah? Dia adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Siapa pula Mak Ngah Minah? Beliau adalah seorang anggota AWAS dari Kg Lubok Kawah. Apabila Awas diharamkan beliau mempunyai 2 pilihan. Berjuang bersama rakan-rakan yang sudah pun menyertai gerakan gerila menentang Penjajah Inggeris atau ditangkap oleh Inggeris dan terus disumbatkan di kem-kem tahanan tanpa sebarang bicara.

Mak Ngah memilih jalan pertama iaitu menyertai gerakan bawah tanah dan menentang Penjajah Inggeris secara bersenjata.

Beliau dikepong didalam sebuah rumah bersama rakan-rakannya oleh tentera upahan Inggeris, ditangkap dengan mempunyai senjata di tangan. Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan jika didapati berslah akan digantung sampai mati.

Didalam Mahkamah dia tidak mahu tunduk kepada Mahkamah Penjajah Inggeris, dia tidak bangun semasa Hakim memasuki Mahkamah. Beliau dipaksa oleh Polis Mahkamah supaya bangun berdiri memberi hormat kepada Hakim, dan jawapan Mak Ngah adalah mudah: "Engkau orang yang hisap buntut Penjajah berdirilah, Hakim tu wakil penjajah, aku takkan beri hormat kepadanya."

Didalam Mahkamah, Mak Ngah menyatakan beliau tidak bersalah kerana beliau menentang Penjajah Inggeris dan beliau rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan Penjajah.

Dia enggan bekerjasama di Mahkamah, dia nekad bahawa kalau dijatuhkan hukuman mati, beliau mati sebagai seorang pejuang.

Mahkamah mendapati beliau bersalah dan dihukum penjara seumur hidup, bagaimana pun setelah beberapa tahun didalam Penjara, beliau telah dibebaskan dan kembalilah Mak Ngah ke kampong perjuangan iaitu Kampong Lubok Kawah, Temerloh, Pahang.

Embong atau Kak Zamiah adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Sebagai anggota muda AWAS, beliau juga turut menyertai perang gerila terhadap Penjajah Inggeris. Akhirnnya, beliau menyertai Rejimen ke-10 dan meneruskan perjuangann menentang Inggeris.

Kini beliau telah kembali ke Tanah Air setelah diadakan Perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya. Embong Miah tetap menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyerah diri tetapi hasil dari Perjanjian itu, beliau memilih untuk kembali ke kampongnya, Kg Lubok Kawah.

Zamiah adalah pupu saya, dan Mak Ngah Minah, ibunya, adalah bapa saudara saya. Saya kagum dengan kekentalan perjuangan mereka. Benar, perjuangan mereka tidak mencapai kemenangan, tetapi sesuatu perjuangan itu diukur akan kebenaranya bukan sekadar dengan kemenangan tetapi diukur kerana landasan dan prinsip yang benar, iaitu menegakkan perjuangann rakyat menghalau Penjajah dari bumi bertuah ini.

Embong saya memeluk saya dengan erat dan membisikkan kepada saya: "Mi, dalam perjuangan ini tidak ada kalah, teruskan perjuangan, pasti akan disambung oleh generasi akan datang." sumber

1 comment:

  1. semangat yang perlu ada dalam diri anak muda melayu islam sekarang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111