" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, September 4, 2011

Hantar pelarian Islam Uigur ke negara komunis, Umno hipokrit!


Oleh: Norutul Ilham

PETALING JAYA: Tindakan menghantar pulang pelarian Uigur ke China dikutuk KEADILAN lantaran pentadbiran negara tunduk kepada desakan negara komunis itu.
Di sebalik retorik Umno kononnya memperjuang Islam dan menolak ideologi komunis, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata:
“KEADILAN mengutuk keras sifat hipokrit dan pelanggaran hak asasi manusia. Etnik Uighur adalah orang Islam daripada wilayah Xinjiang di China.
“Memulangkan pelarian Islam Uigur kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko diseksa.”
Beliau berkata demikian pada kenyataan media sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan Umno menghantar pulang 11 daripada 16 pelarian Islam Uighur kepada kerajaan komunis itu, baru-baru ini.
Kata Nik Nazmi, China menekan negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan supaya memulangkan pelarian Uighur dan menyifatkan ia tidak patut berlaku ketika Malaysia merai hari sambutan dan Aidilfitri.
“Ini bukti terbaru kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mengapakah Malaysia membenar campur tangan kerajaan Komunis China dalam isu melibatkan hak asasi manusia umat Islam yang kononnya diperjuang Umno?” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Umno perlu sedar penindasan kerajaan China terhadap masyarakat Uighur Islam sehingga tergamak menyamakan mereka sebagai pengganas.
“Kerajaan China berterusan menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur dana mengamal Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan.
Sehubungan itu, Nik Nazmi mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya memberi jaminan baki lima pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia, dilayan sebagai pelarian sah.
Beliau turut mempersoal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kononnya pelarian itu dihantar pulang kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
“Jika benar, mengapakah mereka tidak didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia sebaliknya dihantar pulang ke China?” katanya.-Kd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111