Oleh Ustaz Ahmad Awang
Sudah hampir dua minggu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (HMS) menjadi sasaran serangan pucuk pimpinan UMNO, bermula daripada Presidennya, Dato' Sri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lain-lain pemimpin UMNO pelbagai peringkat terutama yang paling kuat mengampu seperti Rais Yatim, Ahmad Maslan, Noh Omar, dan Khairy Jamaluddin.
Serangan itu bermula apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya pada 27 Ogos yang lalu, mendakwa bahawa HMS dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Pulau Pinang pada 21 Ogos berkata, “Pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.”
Akhbar milik UMNO itu memutarbelitkan ucapan Timbalan Presiden PAS itu dengan mendakwa bahawa beliau menyatakan Mat Indera, seorang Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Media cetak, elektronik dan internet UMNO termasuk blogger-blogger pencacai UMNO terus menyerang HMS dan PAS. Topik dan motif serangan yang merupakan tuduhan dan fitnah bertujuan untuk menggambarkan bahawa HMS menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) atau sekurang-kurangnya mengaitkan HMS dan PAS dengan komunis.
Yang agak melucu malah memalukan, ikut tumpang semangkuk menyerang HMS adalah mantan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, dan beberapa orang ahli akademik termasuk Prof Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Abu Bakar Hamid (yang selama ini saya menghormati kedua-duanya). Ada pula dua orang profesor (dari USM dan UiTM) yang mempertikai kenyataan Timbalan Presiden PAS itu dengan hanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang memutarbelitkan kenyataan beliau. Agaknya kedua-dua profesor seperti inilah yang dikategorikan sebagai “profesor kangkung” yang mulanya diungkapkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof DiRaja Ungku Abdul Aziz.
Sepatutnya profesor-profesor tersebut dan mereka yang hendak membuat ulasan kenalah mengetahui terlebih dahulu apa yang sebenar diucapkan oleh HMS, bukannya berasaskan kepada laporan Utusan Malaysia yang memang sentiasa melaporkan pelbagai berita yang bohong dan fitnah terhadap PAS khasnya, dan Pakatan Rakyat amnya. Utusan Malaysia sudah menjadi alat propaganda UMNO 99.9 peratus. Kalau pun mereka berkenaan itu tidak mengikuti sepenuhnya ucapan HMS yang mengandungi hampir 5,000 perkataan itu, sekurang-kurangnya mereka bacalah transkrip ucapan berkenaan Mat Indera itu yang hanya lebihkurang 100 perkataan. Cuba baca betul-betul apa yang HMS kata seperti berikut:
“... tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena... bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong... Bukit Kepong polis itu... polis British... hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan... ketuanya Mat Indera... Melayu... tetapi semua sejarah itu ditutup... Jins Samsudin buat filem... Jins Samsudin tu UMNO... cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat... polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British... tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera... ketua penyerang balai polis itu... dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping...”
Inilah ayat-ayat yang diputarbelitkan Utusan Malaysia yang kemudian digunakan oleh UMNO dan pencacai-pencacainya untuk menyerang HMS, kononnya HMS menghina polis dan membela komunis. Padahal tidak ada pun perkataan “komunis” yang disebut beliau. Mengikuti ucapan HMS, dapat difahami bahawa beliau menyebut cerita filem Bukit Kepong yang dibuat oleh Jins Samsudin (seorang pendokong UMNO) itu hanya sekadar untuk menggambarkan bahawa UMNO hanya mengiktiraf mereka yang berjasa, kerana mereka bersama dengan British yang menjajah negara kita. Bagi UMNO, mereka yang berkerjasama dengan penjajah British adalah pejuang dan mereka yang menentang British adalah penderhaka atau petualang.
Sebab itu di awal ucapannya antara lain HMS berkata:
“Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen... kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah... kena letak juga Dr Burhanuddin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, kena letak juga Dato’ Ahmad Boestamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya... ini penentang-penentang British... tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn... kalau gitu UMNO lah yang layak... betul ke dak?”
Dalam ceramah tersebut HMS tidak nafikan sumbangan tokoh-tokoh UMNO itu, tapi apa yang dikritik beliau adalah sikap UMNO dan kerajaan BN yang menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara. Tiba-tiba sekarang HMS dituduh sebagai penyokong komunis kerana menyebut nama Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan kerana menentang British dalam masa penjajahan (1950) yang kemudiannya mati di tali gantung.
Sebenarnya kalau mengikuti sejarah UMNO, memang UMNO paling gemar memomokkan pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai penyokong komunis atau mendokong fahaman komunisme. Mula-mula dari Presiden UMNO yang pertama Dato’ Onn Jaafar, UMNO menuduh pejuang kemerdekaan yang tidak bekerjasama dengan penjajah Inggeris sebagai komunis seperti Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Begitu juga Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, dan Partai Rakyat Kalimantan Malaya (PRKM) yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Wahab Nor. Kesemuanya dianggap sebagai penyokong komunis.
Suatu ungkapan Dato’ Onn Jaafar yang dicatatkan dalam sejarah politik negara ialah, “hubaya... hubaya... bahaya dari gunung” yang merujuk kepada kongres di Gunung Semanggol pada Mac 1948 yang dihadhiri oleh kira-kira 5,000 orang dari parti-parti politik yang tersebut di atas dan juga parti-parti bukan Melayu yang tergabung dalam All Malaya Joint Council for Action (AMCJA).
Malah Dato’ Onn Jaafar mengulangi kata-katanya itu dengan mengatakan bahaya dari gunung masih ada lagi, dan ditambah satu bahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenarnya parti Islam itu (Hizbul Muslimin) “merah” (yakni komunis). Tidak hairanlah pemimpin-pemimpin UMNO kemudiannya selepas itu sering mengaitkan PAS dengan komunis atau kegiatan komunis sehinggalah ke hari ini, seperti fitnah yang dilemparkan ke atas HMS. Ini adalah kerana momokan komunis paling mudah mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menerimanya, walaupun tuduhan dan momokan tersebut kadang-kadang tidak masuk akal.
Bayangkanlah seorang ulama’ seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, begitu juga Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy dicop pro-komunis atau sebagai pendokong fahaman komunisme. Saya masih teringat lagi setelah penjajah Inggeris mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948, kira-kira sebulan selepas itu sebuah pesawat kecil terbang rendah menggugurkan puluhan ribu risalah di kawasan Semanggol Selinsing dengan gambar portret Dr Burhanuddin yang dicop sebagai pendokong komunis. Ketika itu Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa pemimpin Hizbul Muslimin, API, dan PRKM telah ditangkap oleh penjajah Inggeris, yang kemudiannya ditahan tanpa bicara selama hampir 5 tahun. Dr Burhanuddin tidak dapat ditangkap kerana berada di Singapura yang tidak termasuk dalam kuasa undang-undang Darurat Malaya. Beliau hanya kemudian ditahan di Singapura dalam peristiwa rusuhan Natrah pada 1951.
Penjajah bertindak demikian atas desakan UMNO ketika itu. Seorang penghulu muda khas dihantar oleh kerajaan ke Semanggol untuk mengintip pergerakan pejuang-pejuang kemerdekaan di Semanggol khasnya pemimpin dan pendokong Hizbul Muslimin. Penghulu muda tersebut adalah anak buah kepada seorang yang ada hubungan rapat dengan Dato’ Onn Jaafar dan seorang pemimpin UMNO pada ketika itu.
Sejarah seperti inilah yang perlu dibaca oleh orang-orang yang otaknya terkongkong dengan propaganda dan khurafat UMNO mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita. Orang seperti Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Khalid Abu Bakar perlulah membuka minda mereka sedikit supaya jangan dianggap sebagai katak di bawah tempurung. Selaku anak jati Gunung Semanggol dan bekas anak murid kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, saya sedia memberi banyak lagi maklumat dan cerita yang saya sendiri menyaksikan... bolehlah hubungi saya.
Kini UMNO berada dalam gelabah menghadapi PRU 13. Media alat UMNO khasnya Utusan Malaysia menyerang dan memburukkan HMS semenjak beliau mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan tertinggi nombor 2 dalam PAS. Apabila beliau menang sebagai Timbalan Presiden, UMNO makin bimbang kerana hubungan HMS dengan pimpinan DAP terutama Lim Guan Eng begitu rapat dan mesra yang memang diketahui ramai. Dengan mengaitkan HMS dengan komunis, kelak mereka akan kaitkan pula hubungan PAS dengan DAP sebagai hubungan yang kononnya ada kaitan dengan fahaman komunisme. Lebih mudah lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana sebahagian besar ahli-ahli dan pimpinannya adalah dari kaum Cina. Tetapi mereka terlupa bahawa UMNO lah yang kini paling rapat hubungannya dengan Parti Komunis China dan kerajaan UMNO BN lah di rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan paling intim dengan kerajaan komunis China.
Dalam bahagian kedua nanti saya akan mendedahkan bagaimana UMNO semenjak zaman pengganas komunis masih bergerak menentang kerajaan Malaysia, pemimpin UMNO sudah menjalin hubungan mesra dengan komunis China...

Dari kiri: Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam

Dari kiri: Shamsiah Fakeh, Ishak Haji Mohammed dan Ibrahim Yaakob
Kini UMNO berada dalam gelabah menghadapi PRU 13. Media alat UMNO khasnya Utusan Malaysia menyerang dan memburukkan HMS semenjak beliau mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan tertinggi nombor 2 dalam PAS. Apabila beliau menang sebagai Timbalan Presiden, UMNO makin bimbang kerana hubungan HMS dengan pimpinan DAP terutama Lim Guan Eng begitu rapat dan mesra yang memang diketahui ramai. Dengan mengaitkan HMS dengan komunis, kelak mereka akan kaitkan pula hubungan PAS dengan DAP sebagai hubungan yang kononnya ada kaitan dengan fahaman komunisme. Lebih mudah lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana sebahagian besar ahli-ahli dan pimpinannya adalah dari kaum Cina. Tetapi mereka terlupa bahawa UMNO lah yang kini paling rapat hubungannya dengan Parti Komunis China dan kerajaan UMNO BN lah di rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan paling intim dengan kerajaan komunis China.
Dalam bahagian kedua nanti saya akan mendedahkan bagaimana UMNO semenjak zaman pengganas komunis masih bergerak menentang kerajaan Malaysia, pemimpin UMNO sudah menjalin hubungan mesra dengan komunis China...
No comments:
Post a Comment