Oleh Ahmad Zawawi
Setiap yang telah berlaku adalah sejarah. Jari yang kudong akibat bermain mercun semasa kecil adalah merupakan sejarah juga. Dan berbagai lagi peristiwa dalam kehidupan ini yang tidak dapat lari dari lipatan sejarah. Cuma perkara-perkara yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu sahaja dapat didokumenkan dan diberi nilai sejarah.
Bercakap tentang Peristiwa Bukit Kepong sangat jelas ianya bukan Sejarah Malaysia. Ia berlaku pada tahun 1950, tujuh tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan. Jika ada yang masih belum tahu, Malaysia terbentuk pada tahun 1963.
Jika benar ada pihak yang tercabar apabila perkara tersebut disentuh mengapa nasib orang-orang yang hilang tempat bergantung itu tidak diperjuangkan sebaik sahaja negara mencapai Kemerdekaan?. Mengapa tidak ada sebarang usaha supaya pihak British bertanggungjawab memberikan saraan kepada balu-balu serta anak-anak Anggota Keselamatan yang terkorban itu?
Masih belum terlewat bagi saya mengucapkan Syabas kepada Peristiwa Bukit Kepong yang telah mendapat publisiti yang cukup meluas didada Akhbar dan diKaca TV seminggu dua ini. Nampaknya orang sudah hilang minat menegur tentang kenaikan barangan pengguna. Ianya dilihat seperti lantaklah harga barang nak naik berapa pun. Jika kita tidak mampu beli, tak usah beli habis cerita.
Melihat kepada sentimen semasa, pembikinan filem bertajuk Bukit Kepong II atau Bukit Kepong Revisited boleh memecah box office. Filem-filem ini nanti tentu boleh jual. Bagi para pengusaha yang ada duit lebih dan yang tidak sekali-kali mengharapkan “balik modal” cubalah terbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan peristiwa memali. Saya suka cadangkan tajuknya sebagai ” Memali Yang Tidak Tertulis”. Peristiwa Memali mungkin bukan material sejarah akan tetapi ia merupakan sesuatu yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment