" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, September 29, 2011

‘Mukmin on Seven’

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SEMACAM ada satu obesesi terhadap angka ‘tujuh’. Dalam dunia buku-buku motivahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjk3T0BQHQZKhV8vxC4OvAzzq8XjQFtPE2Erbno9eub8c1c7vx6M8R_G3DKCrt6DgCPy-qip4_ZrnVeNp3fs3EN8jBlfeL8PxUyS0QSTnmGGykYcUUDjMf3x_uWBhRKkVHq3nNc0K21Eqq1/s220/mukmin-profesional-celik-mata-hati.jpgsi, barangkali Stephen R. Covey merintis penggunaan angka tujuh ini menerusi judul bukunya yang sehingga kini sudah terjual 15 juta naskhah. Bermula dengan The Seven Habits of Highly Effective People, lahirlah karya-karya lain yang menggunakan angka ‘tujuh’ sebagai judul buku.

Tidak mustahil terdapat lebih daripada tujuh jenis kelaziman yang terdapat pada diri seseorang yang berjaya. Tetapi di atas sebab yang tidak diketahui, angka ‘7’ menjadi angka ‘favourite’.

Bagi umat Islam, angka ‘7’ mempunyai signifikan tertentu. Paling diketahui ialah perihal ‘tujuh’ petala langit dan ‘tujuh’ petala bumi yang menjelaskan ciptaan Allah SWT.

Oleh itu, apabila pakar motivasi Pahrol Mohd Juoi memilih tajuk buku motivasinya, Mukmin Profesional (Celik Mata Hati): 7 Langkah Memperkasakan Diri sudah tentu dia bukan menyadur judul buku Barat yang mempermodalkan angka ‘7’ itu.

Bagi yang mengenali Pahrol, sama ada sebagai fasilitator program motivasi atau sebagai sahabat dan rakan biasa, mereka tentu arif betapa sejak dari dulu lagi, apabila bercakap atau berbual dengan pengarang ini, antara perkara yang tidak pernah terlepas daripada topik perbualan, ialah bagaimana akhlak ummah, sama ada secara kolektif dan individu, berupaya menggerakkan dinamisme agama, bangsa dan negara.

Kini, apa yang menjadi topik, baik dalam program motivasi beliau mahupun dalam perbualan kasual, didokumentasikan dalam sebuah buku yang cukup menarik dan begitu sejajar dengan kehendak Islam dan serasi dengan naluri kita sebagai seorang hamba Allah.

Apabila Pahrol menghadiahkan buku karyanya selepas mengautografnya dan sebaik buku setebal 337 halaman itu berada di tangan, saya teringat buku The Law of Success karangan Napoleon Hill dan How To Influence and Win Friends karya Dale Carnegie, dua buah buku motivasi yang kebetulan sempat saya pada satu ketika lama dulu, iaitu ketika mana khazanah perbukuan Melayu belum lagi dilimpahi dengan pelbagai buku motivasi yang hampir semuanya menjurus untuk menjadikan pembacanya hartawan dalam kelas Carlos Slim Helu (Telmex & American Movil), Bill Gates (Microsoft), Lakshmi Mittal (ArcelorMittal), sekadar menyebut beberapa nama, atau setidak-tidaknya memiliki aset bersih dalam liga Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krishnan atau setidaktidaknya sama kaya dengan Tan Sri Syed Mukhtar Bukhary.

Bercakap dan bercerita tentang mereka dalam golongan ‘the rich and the famous’ tentulah seronok. Oleh kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda bermaksud 90 peratus daripada rezeki adalah berpunca daripada perniagaan, maka buku-buku motivasi gelombang baru ini amat dialualukan dan kini memenuhi rak gedung-gedung buku, di toko-toko akhbar, bahkan di meja peniaga pasar malam.

Ada yang baru memegang dan membaca tajuk buku berkenaan, atau membaca ‘blurb’ di kulit belakang atau membaca prakata sudah mula terbayang memandu sebuah Ferrari F340 atau menyingkap tirai di sebuah pagi dengan disambut oleh pemandangan Menara Eiffel.

Sama ada bagaimana efektif buku-buku motivasi berkenaan boleh mengubah seorang individu daripada sentiasa membaca baki akaun RM13 di paparan skrin ATM kepada seorang yang lenguh tangan menandatangi cek dan slip belian menerusi kad kredit dan mengira wang tunai, adalah cerita lain.

Bagi Pahrol, sejauh dan sebanyak mana seseorang itu dapat mengaut kekayaan material adalah sesuatu yang relatif. Tetapi apa yang lebih titik-beratkan ialah sama ada semua itu disertai kekayaan rohani sebagai yang dianjur dan dituntut oleh Islam.

Bahkan pengarang secara tidak langsung mencadangkan betapa kejayaan material itu sendiri, lebih lazim dari tidak, tak akan menjadi kenyataan jika seseorang itu meletakkan tanggungjawabnya kepada Allah SWT di garisan tepi, dan begitu juga sebaliknya.

Misalnya pengarang memetik mutiara kata seorang ulama berbunyi: “Dunia adalah tanamtanaman untuk akhirat.”

Dia menjelaskan selanjutnya dalam buku tersebut: “Sebagai kiasan, ini menunjukkan bahawa tanaman di dunia mestilah subur, lebat dan sihat supaya buah yang lebat dan manis rasanya boleh dipetik diakhirat. Kalau tanaman sudah layu, kering dan bantut, mana mungkin buah yang baik dan sedap boleh dipetik daripadanya.

Samalah keadaannya mana mungkin kita mendapat kecemerlangan di akhirat jika tidak cemerlang di dunia.”

Namun kecemerlangan, kekayaan dan keseronokan di dunia bukanlah bermakna seseorang itu boleh melakukan dosa dengan sewenangwenangnya. Justeru dalam Mukmin Profesional, Pahrol turut memberi amaran tentang dosa yang sering dikaitkan pengumpulan harta ala matlamat-menghalalkan cara.

Tentu sekali mesej pengarang adalah sejagat dan tidak menyentuh mana-mana individu dan golongan spefisifik. Tetapi umum dapat melihat betapa di negara ini, majoriti daripada orang Islam yang boleh dianggap kaya kerana mampu berkereta mewah, membina banglo dalam kiraan beberapa juta, membeli untuk diri sendiri atau membelikan si isteri barang kemas pada harga bukan sahaja di luar kemampuan kebanyakan orang tetapi bahkan juga di luar mimpi dan anganangan mereka, adalah cuma golongan tertentu atau mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan golongan ini atas sebab kepentingan bersama.

Sementara orang Islam lain berusaha dan menadah tangan ke langit bagi memohon rezeki dari Allah, golongan ini terus berusaha untuk mengekalkan kuasa yang ada agar ia dapat dipergunakan untuk mengumpul kekayaan seterusnya.

Mungkin perihal seperti ini mendorong penulis menghuraikan tentang mereka yang: ‘Rasa Biasa Dengan Dosa’; ‘Rasa Seronok Dengan Dosa’, dan ‘Jadi Pembela Dosa’.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya golongan ini serta mereka yang menyokong dan individu yang rela diri diperalatkan untuk menyebar fitnah, sama ada dalam media dan sebagainya atau berbohong kepada manusia lain yang telah memberikan amanah, tidak merasakan mereka telah melakukan dosa.

Kepada mereka ini, saya sarankan bacalah buku yang ditulis oleh Pahrol ini agar profesionalisme mereka dalam pentadbiran lebih mulia bukan sekadar di sisi manusia dan orang mukmin tetapi paling penting di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111