Ketika ini, nampaknya PAS dan pemikirnya dilihat lebih agresif dengan memperkasakan medium altenatif seperti akhbar sedia ada dan teknologi internet.
Langkah memperkasakan unit IT dengan kerjasama blogger dan web master lain bagi membantu PAS menghadapi PRU akan datang merupakan satu langkah yang bijak.
Program menyantuni pakar IT ini, akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Walaupun PAS saya lihat begitu agresif memperkasa media baru ini, perlu juga kita melihat kepada realiti dan ruang lingkup masa kini.
Usaha yang dijalankan memang baik cuma kumpulan sasarannya perlu lebih tepat.
Media alternatif seperti internet tentunya menyasarkan golongan yang terdedah kepada media jenis ini berkemungkinan golongan bijak pandai moden. Peratusan golongan luar bandar yang terdedah dengan media jenis ini adalah terhad, lebih tepat lagi orang kampung di luar bandar.
Jika kita melihat keputusan PRU yang lepas, PAS dan Pakatan Rakyat banyak menyapu kerusi di kawasan bandar berbanding di luar bandar kecuali di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Jika dilihat pada keputusan pilihan raya Sarawak yang lepas juga, banyak kerusi Dun di kawasan bandar dimenangi Pakatan Rakyat. Manakala kerusi di luar bandar banyak yang dikuasai Umno-BN.
Apakah petunjuk dari keputusan ini, saya berpendapat faktor utama yang mempengaruhi keputusan Pakatan Rakyat di luar bandar adalah disebabkan kekontangan maklumat.
Maklumat penting, tidak sampai atau jika sampai pun ia lambat untuk dibuat susulan.
Memang tidak dinafikan faktor keluasan muka bumi mempengaruhi situasi ini. Pihak lawan yang mempunyai akses media yang meluas mempunyai kelebihan untuk bercakap tanpa timbal balik daripada Pakatan Rakyat.
Sudah tiba masanya PAS dan Pakatan Rakyat mensasarkan kumpulan sasaran celik IT sebagai transit untuk pemindahan maklumat kepada kumpulan di luar bandar.
Kita mungkin tidak membuat penyelidikan yang mendalam mengenai hubungan antara akhbar Harakah dan Suara Keadilan, contohnya yang terjual jika dibandingkan dengan nisbah pendudukan luar bandar.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pendukung parti yang masih tidak memahami kandungan Buku Jingga contohnya. Adakah kita pasti, kandungan edaran penting ini juga diketahui oleh penduduk di luar bandar yang mempunyai akses yang sangat terhad dan dikawal?
ANAK TERENGGANU
Emel
No comments:
Post a Comment