" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 26, 2009

e-xnak umno : Ini masanya kita mengenai mereka.!!!

Catatan keras albanjari

Oleh : albanjari

Seperti yang dinyatakan kelmarin, pada hari ini jam 11 pagi (kurang 1 jam dari sekarang) bertempat di Ibu Pejabat PAS Pusat akan diadakan satu Sidang Akhbar Khas bagi menjelaskan isu yang semakin panas muktahir ini berkaitan isu mendesak EGM diadakan dan desakan menubi untuk menyingkirkan beberapa pemimpin PAS yang dicurigai pro Umno.

Dari apa yg dimaklumkan tengahmalam tadi, Sidang Media itu lebih bertujuan menjelaskan krisis kepimpinan PAS. Dimaklumkan juga Mustapa Ali, Ustaz Nasharuddin serta Ustaz Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat akan bersama di Sidang Media tersebut. Wartawan dan juga bloggers digalakkan bertanya apa saja..tanyalah, hatta sampai muka jadi 'biru' karat !

Apa yg mendukacitakan, suara-suara yang tidak bersetuju dengan cadangan EGM telah diberikan ruang seluas luasnya oleh media UMNO. Manakala, pemimpin yang paling lantang menyanggah pula akan mendapat liputan meluas daripada pihak media arus perdana. Lihat saja apa yg dipaparkan oleh pencacai-pencacai kelmarin dan hari ini. Tiada EGM PAS, Menanti pendirian Hadi. Dan sekali lagi TGNA nampaknya akan dijadikan punching bag oleh kelompok kelompok yang jelas dicurigai.

Ya Allah, jika jemaah ini mendapat redha dan restu-Mu, Engkau bukakanlah jalan supaya semua kemelut yang melanda ini selesai. Namun, Ya Allah, jika jemaah yang ada ini semakin hanyut dalam arus cintakan dunia dan pimpinan yang ada itu memang mempunyai "janji sulit" dengan UMNO, Engkau hancurkanlah jemaah ini dan Engkau gantikanlah jemaah ini dengan jemaah yang lain supaya kesucian dan kemurnian jihad ini tetap terjaga.

Ya Allah, kami keliru dengan gelagat pimpinan kami. Kami menjadi semakin tidak faham dengan tujuan perjuangan mereka. Ya Allah, jika mereka ini masih bermanfaat kepada jemaah dan ummah, kekalkanlah mereka di dalam jemaah ini untuk memimpin kami.

Namun, Ya Allah, jika mereka ini lebih banyak mendatangkan mudharat kepada jemaah dan perjuangan ini, Engkau pisahkanlah mereka dari jemaah dan perjuangan ini dan Engkau gantikanlah mereka dengan pimpinan yang ikhlas dan amanah supaya kesucian jihad ini tetap terpelihara.

Ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Memahami. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa serta Maha Kuat. Engkaulah Zat yang kami sembah dan kami mohon pertolongan. Bantulah kami, Ya Allah. Ameen..! (pemburu syahid)

Ada suara pimpinan menyatakan bahawa EGM ini hanya membuang masa. Jika EGM dipandang membuang masa, apakah Sidang Media Khas ini tidak membuang masa jika sekadar mahu membincangkan krisis ?

Satu perkara, jangan cuba menidakkan cakap orang lama dan berpengalaman di dalam PAS. Ini untuk kepentingan parti dan bukan bersifat peribadi. Parasit sudah menumpuk ada di dalam PAS. TGNA sudah lama mengetahuinya,tetapi yang lain masih lena dipeluk mimpi.

Baca dan kaji balik “TAHALUF SIYASI” [baca di sini ] – dari sudut pandangan kedua setelah melihat betapa nekadnya Mursyidul Am PAS mengusulkan EGM untuk ‘restructure’ pimpinan tertinggi PAS. Dan ini semua berlegar kembali di fikiran, sejak TGNA mengusulkan EGM 5 hari yang lalu.

Ini soal prinsip. Walaupun ada yang berpendapat wujudnya pro-UMNO dan pro-Anwar di dalam tubuh PAS. Inilah masanya kita mengenali mereka. Adakah mereka sanggup bersama-sama dalam perjuangan atau adakah mereka melihat jalan pintas untuk mendapatkan kuasa.

Bukan sedikit mangsa dan masa yang terkorban akibat dari propaganda ini. Contohnya TGNA yang dituduh sebagai pro-Anwar dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) dikatakan pula sebagai pencetus idea Kerajaan Perpaduan yang pro-UMNO. Sedangkan kedua-dua watak inilah sebahagian daripada penggerak PAS yang telah menempuhi onak duri dalam politik lama dan moden untuk melihat PAS berada di puncak. Tidak mudah mereka untuk tunduk kepada wadah yang jelas merosakkan Islam. Mereka telah menghabiskan sebahagian umur mereka untuk daulatkan Islam.

Memang diakui wujudnya parasit atau agen gerombolan dalam PAS. Tetapi mereka ini lambat laun akan menonjolkan diri dengan kuasa Allah. Yang peri pentingnya sekarang adalah “FITNAH”. Fitnah antara Pemimpin dengan Pemimpin. Fitnah antara ahli dengan pemimpin. Fitnah antara bukan Islam dengan agama Islam. Lihat..ia sedang berlaku leluasa sekarang.

Kepada pimpinan PAS, muhasabah lah diri sebelum terlambat untuk menghadapi PRU 13 dan percayalah usaha kita adalah untuk meletakkan keadilan Islam untuk semua kaum dan mengharap keredhaan ALLAH SWT. Mudahan-mudahan dengan usaha ini ALLAH SWT menunjukkan jalan yang mudah untuk mendapat sokongan dan mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.

(*) nota - sumber penulisan :
komenter dari saudara paipon yang tidak diterbitkan sepenuhnya, serta dari rakan sahabat pemburu syahid. Sebahagian dari sumber yang digunakan dalam penulisan ini telah di'edit' berdasarkan keperluan bahan dan kepentingan sensitiviti semasa. Terima kasih atas kerjasama serta sumber semua.

(*) Sisipan akhbar - dari kolum Suara Blog (Utusan Malaysia, ms 11/26Okt.2009)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111